Kisah Menarik Hanum Full

0
275
views

Kisah Menarik Hanum Full. 12345678910. Seram bermula.. Cerita hari tu saya mula kenal Hanum, kami mula rapat sebab masing2 takut nak pergi tandas malam-malam. Kami saling menemani bila nak terkencing malam-malam. Pada mulanya kami berdua memang tak percaya cerita hantu senior sebab sebelum saya mendaftarkan diri di asrama, abang saya dah baritahu awal-awal supaya jangan dengar sangat cerita hantu ni.

Kisah Menarik Hanum Full

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Nak dijadikan cerita, ada la satu hari ni saya memang tak boleh nak lelapkan mata. Katil Hanum ni sebelah saya je, saya nampak Hanum ni dah tidur nyenyak dah, yang lain pun dah tidur jugak. Saya tengok jam dah pukul 2 pagi. Saya cuba nak lelapkan mata tapi tak boleh. Sedang saya berguling ke kiri ke kanan cuba nak lelapkan mata, saya terdengar macam ada orang buka tingkap bilik saya.

Tingkap tu betul-betul depan katil saya. Saya boleh nampak tingkap tu sebab semua katil dah disusun menghadap ke tingkap tu, katil saya yang ke-4 dari dinding. Saya tak fikir apa-apa lagi masa tu sehingga saya terdengar suara “satu, dua, tiga…“ Lepas saya dengar suara tu, saya terus teringat cerita senior masa mula-mula saya mendaftar di asrama.

Saya mula meremang satu badan, saya dengar lagi “satu dah tidur, dua dah tidur, tiga dah tidur….empat tak tidur lagi…??“ Saya makin tak sedap hati sebab memang saya katil ke-4 dari dinding. Saya baca semua surah-surah yang saya hafal dalam keadaan sebutan yang berterabur. Benda tu mengira lagi “satu dah tidur, dua dah tidur, tiga dah tidur….empat tak tidur lagi…??“

Badan saya memang dah menggigil dah masa tu, saya cuba panggil Hanum dalam suara terketar2. “Hanum !! Ha.. Hanum… Hanum!!“ Tapi apa yang membuatkan saya makin menggigil dan menangis bila saya dengar benda tu cakap “Hanum dah tidur…“ …dan disertakan hilaian ketawa yang sangat kuat.

Saya terus menjerit “PERGI!!!!“ Banyak kali jugak saya jerit sampai semua pelajar dalam bilik saya terbangun. Saya langsung tak berani nak pandang benda tu.

Kredit : Facebook


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here