Kisah SERAM Panggilan Terakhir Uber di Tapak Kubur. Assalamualaikum, aku nk kongsi cerita pengalaman aku selama setahun sebagai pemandu uber. Aku kerja xikot time ikot suka aku. Nk di jadikan cerita mlm smlm aku bt uber di penang. Masa aku dh nk balik time tu dlm pkul 12.00 AM, di Tanjung Bungah.

Kisah SERAM Panggilan Terakhir Uber di Tapak Kubur

seram uberMasa tu aku dapat 1 ‘alert’ customer panggil aku suruh pickup, aku dalam hati okay ni last customer lepas tu aku mmg nak balik. Aku pon accept la request customer tu n follow direction yg maps tu bg suruh pickup customer. Tanpa aku fikir panjang yela kan nk fikir apa sbb tak jangka apa mmg aku ni pemandu uber. Haha

Aku terus ja ikut direction yg maps tu bwk aku. Sampai sampai aku tgk depan mata aku adalah KUBUR CINA. Aku dh mula hairan tapi aku layan dlu mana tau customer tu bru lpas siram kubur mak dia ka kan haha. Tapi yg syoknya, dekat fon aku maps tu pon cakap we are arrived.

Aku tgk keliling aku gelap takda sapa plak yg duk tunggu. Aku pon terus bukak dekat customer info nk tgk no tel customer nk tny dia ada kt mana sebab maps tunjuk aku dh sampai. Bukak bukak info mmg tak keluar sebarang info pasai customer tu sbb masa mula mula aku accept request tu just kluar panggilan dri ‘JOI’ dan aku trus accept maps pn bwk aku ke direction ‘JOI’ tu.

Lepas tu tiba tiba apps uber aku jadi offline. Lepas tu aku tgu lg 5 minit mana tau dia pn bru nk trun dri kubur ka atau bru kluar rumah. Tapi pelan pelan aku duk rasa bau wangi mcm ada sesuatu dk dalam kereta aku. Aku dh mula mmg dh rasa lain dh ni. Tapi nk sedapkan hati aku, aku layan ja ckp sorang sorang ‘aku dh sampai sini sapa nak bayar trip aku ke sni ni haa?’.




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

Lepas tu aku tekan start trip semula dlm masa yg sama apps tu kta aku dh sampai dekat tmpt customer tu nak p. Dia trus keluar ‘drop off’. Sbb kalau kau pemandu uber stiap berakhir trip kau hntr customer smpai ke destinasi mmg maps akan kluar ‘drop off’ bermkna dh smpai. Bayangkan mcm mana klau betul betul customer request tp tak letak detail n tmpt dia nk drop mna boleh proceed maps tu TAK MUNGKIN.

uberTapi yg jadi tanda tny dkt maps ni keluar alamat dia nk trun ‘unknown’ (refer gambar aku ada bulatkan). Dan kalau kau fikir balik dan perhati kan maps, kau tgk distance dia 0.01 km jarak dari tmpt dia dgn destinasi unknown dia tu (refer gambar). Gila apa distance dkt mcm tu kau nk naik uber? Aahhh sudah ni mmg pelik, aku pn bawak kereta keluar dari jalan tu sbb dh makin pelik dh ni. Lebih kurang 5km aku drive aku npk stesyen minyak. Aku singgah p toilet refresh apa yang patut dgn harapan mntk mntk bau wangi tadi dh hilang aku nk balik woi!!!

Lepas tu aku p ke kereta aku balik aku perasan bau wangi tu ada lg. Aduh dia tak belah lg ka, aku syak ada bnda dari kubur tu follow aku. Lepas tu aku dh malas lyn buang masa sbb mmg sumpah seram sejuk dh masa tu. Aku beranikan jgk ckp masa aku nk masuk kereta. ”Aku nk balik dh ni hg trun jgn duk ikot aku, aku nak balik”. Aku pon naik n bca bismillah dgn ayt qursi. Lepas 5 minit bau tu hilang. Ya Allah leganya hati aku, terus aku call bini aku ckp dh otw blik dan aku trus drive balik.

Nk percaya ka tak tpi mmg sumpah aku tak tipu ni mmg pengalaman paling tak baik spnjg aku jadi pemandu uber. Tapi tu bkn melemahkan semangat aku untk ttap mnjdi pemandu uber tmpt aku cari rezeki. Dia pn makhluk mcm kita bt apa nk tkut kan, ingt Allah ada ja. Cuma aku nk pesan kat korang dan juga diri aku lpas ni kalau tgh mlm maps dh bwk masuk jln gelap pendalaman pelik better kau uturn je la, tkot tkot ‘benda tu’ atau org nk rompak ke apa.
Sekian cerita aku kongsi dgn semua. Selamat malam.

Kredit : @Nur Sabreena