KKM Kesan Satu Lagi Kluster Baru Kluster Mambong

0
255
views

KKM Kesan Satu Lagi Kluster Baru Kluster Mambong. KKM ingin memaklumkan sebuah kluster baharu yang telah dikesan di sebuah syarikat di Mambong. Sehingga 16 Julai 2020 jam 12 tengah hari, sebanyak dua (2) kes positif COVID-19 telah dilaporkan dalam kluster ini

KKM Kesan Satu Lagi Kluster Baru Kluster Mambong

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Kluster ini telah dikenalpasti apabila terdapat kes kedua yang didapati positif COVID-19 semasa saringan di tempat kerja kepada kes indeks (iaitu kes ke-8732). Kes indeks ini telah mengalami gejala sejak 12 Julai 2020 dan dikesan positif COVID-19 pada 14 Julai 2020 di sebuah pusat perubatan.

Susulan itu, siasatan dan aktiviti saringan kontak rapat telah dijalankan. Setakat ini, seramai 70 telah dikenalpasti dan disaring, di mana dua (2) kes dikesan positif (iaitu satu (1) warganegara Malaysia dan satu (1) bukan warganegara) dan 68 masih menunggu keputusan.

Langkah pencegahan seperti proses pembersihan dan nyah kuman telah dijalankan di premis syarikat tersebut. Punca jangkitan kluster ini adalah masih di dalam siasatan.

Kluster Mambong
Daerah : Samarahan & Kuching
Negeri : Sarawak

Kredit : KKM


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here