Kod E Label Makanan Tak Semestinya Babi

Kod E Label Makanan Tak Semestinya Babi

Kod E Label Makanan Tak Semestinya Babi. APA ITU KOD E ? Kod E ialah kod untuk bahan tambah dalam makanan (aditif) dan ianya selalu digunakan pada label makanan di negara Kesatuan Eropah. Bahan aditif ialah bahan yang selamat dimakan yang ditambah secara sengaja kedalam makanan dalam kuantiti yang sedikit bagi mempengaruhi kualiti penyimpanan, pemprosesan, penyediaan dan pembungkusan makanan.

Skim penomboran ini adalah mengikut Sistem penomboran Antarabangsa (International Numbering System @ INS) yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa Codex Alimentarius.  Codex Alimentarius ialah dari bahasa Latin yang bermaksud “kod makanan” atau “buku makanan”. Ia adalah koleksi pelbagai standard, kod praktis, panduan antarabangsa yang diiktiraf berkaitan dengan makanan, pemprosesan makanan dan keselamatan makanan bertujuan untuk menjaga kesihatan manusia dan memastikan kod perdagangan yang beretika dijalankan.

Bagi Kesatuan Eropah, Kod E ini adalah merujuk kepada aditif yang boleh dimakan keranahanya sebahagian daripada bahan aditif yang dibenar untuk digunakan. Nombor E juga digunakan pada label pemakanan di Australia, New Zealand, Amerika Utara, terutama Kanada dan Israel.

PENGKELASAN KOD E MENGIKUT JENIS BAHAN ADITIF

E100 – E199 (Warna)
E200 – E299 (Pengawet)
E300 – E399 (Oksidan, Fosfat, Antioksida, PengawalAsid)
E400 – E499 (Pemekat, Pelembap, Penstabil, Emulsifier)
E500 – E599 (Garam, Regulator Asid, Agen Penghalang Kerak)
E600 – E699 (Penambah Perisa)
E900 – E999 (Pemanis, Bahan-bahan lain)
E1000 – E1999 (Bahan Kimia Tambahan)




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

Kod E

Kod E

PENJELASAN – Tidak semua kod E yang digunakan untuk membuat sesuatu produk makanan adalah berasaskan dari sumber yang haram. Bahan-bahan aditif ini boleh bersumberkan tumbuhan, sintetik, mikrob, semulajadi, kimia dan haiwan.

Sebagai contoh,antara kod E yang paling kerap ditanya oleh orang awam ialah kod E471& E472. Kod tersebut adalah sejenis emulsifier iaitu mono dan digliserida. Sumbernya adalah dari lemak sintetik yang terhasil dari gliserol dan asid lemak semulajadi terutamanya dalam tumbuhan (contohnya minyak kelapa sawit) atau lemak haiwan. Ramuan ini secara umumnya ialah sebatian pelbagai bahan dengan kandungannya hampir sama dengan lemak semulajadi yang boleh dihadam.

Masyarakat seharusnya peka mengenai pelbagai jenis aditif makanan dan tahap kandungan yang dibenarkan untuk digunakan dalam sesuatu produk makanan. Pihak industri makanan dan barang gunaan pula bertanggungjawab untuk mengenal pasti status sumber aditif makanan yang digunakan supaya tidak akan menimbulkan keraguan kepada para pengguna Islam. Manakala Bahagian Hab Halal akan memastikan syarikat yang memohon sijil halal wajib mengisytihar kesemua ramuan termasuk aditif makanan yang digunakan beserta dokumen yang kukuh (seperti sijil halal yang diiktiraf dan analisis makmal).

Sehubungan itu, sekiranya produk tersebut merupakan produk yang telah mendapat sijil Pengesahan Halal Malaysia atau pengesahan halal dari Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf JAKIM, maka produk yang telah disahkan tersebut boleh digunakan tanpa was-was. Namun, bagi mana-mana produk yang tidak mendapat pengesahan halal tetapi menggunakan kod yang sama, maka pengguna perlu berhati-hati dalam memilih kerana sumber bagi kod tersebut boleh juga diperolehi dari sumber yang haram.

Sumber: Bahagian Hab Halal, JAKIM

September 2014