Koleksi Pantun Raya Aidilfitri

5
7
views
Koleksi Pantun Raya Aidilfitri. Koleksi Berzaman Pantun Raya Aidilfitri untuk tatapan dan perkongsian rakan-rakan agar aidilfitri kali ini penuh makna setelah sebulan berpuasa. Moga Aidilfitri ini disambut dengan meriah dan bahagia disamping mereka tersayang.
mudah mudahan koleksi pantun raya ini dapat
memeriahkan hari raya aidilfitri yang bakal tiba..
 
Pantun Raya

 

ISNIN cari SELASA,
nak tanya nampak tak RABU,
agar ingatkan KHAMIS beritahu,
JUMAAT supaya tak lupa,
mesej kat SABTU
yang AHAD dah raya!!!

 

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?

>

Buaya bukan sebarang buaya
buaya di bela dlm paya
salam ceria di hari raya
SMS murah dari kad raya…

 

Ramadhan berlalu, semoga bertemu kembali
Muslimin menyambut kemenangan di Aidilfitri
SMS dihantar mengganti diri
salah & silap harap dimaafi

 

Roti sebuku petai sepapan
Daun ketupat daun palas
SMS pengganti kad ucapan
Tanda ingatan tulus ikhlas
Pasang pelita di Aidilfitri
nampak halaman berseri-seri
SMS diberi penganti diri
Segala silap mohon dimaafi

 

bunyi mercun menyakitkan telinga ,
aku melatah bagai nak gila ,
rupanya dah nak cukup sebulan berpuasa ,
maknanya raya dah nak tiba

 

Kain Pelikat Panjang Sedepa
Hendak DiBuat Persalinan Raya
Keberkataan Ramadhan Harus DiJaga
Agar Aidilfitri Lebih Bermakna



Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

 

beli petrol dipasar tani,
di beli bersama kuih keria,
pasaipa eksaited sangat ni,
puasa tak penuh ada hati nak raya!

 

bulan ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal semakin menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta

 

Kura-kura berjalan lambat
Anak kera melompat-lompat
Kadraya nak hantar dah tak sempat
Cara SMS pun dah kira selamat.

 

Budak-budak main mercun,
Jangan sampai terbakar tangan,
Di Aidilfitri kita berhimpun,
Hulurkan tangan meminta ampun

 

Menyeberang lautan melintas negeri,
Terbang jauh dari Itali,
Datun nenek muka Berseri,
Anak Cucu telah Kembali

 

Berbilang kaum hidup bersama
Bersopan-santun amatlah mesra
Tak kira bangsa juga agama
Aidilfitri disambut dengan gembira

 

Adik bermain ditepi paya,
Dimarahi mak kasihan dia,
Anta kuih raya jangan pula lupa,
Selitkan duit raye seringgit dua

 

jambangan indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
sms ku kirimkan pengganti diri,
tanda ingatan tak lupa dihati.

 

Masak lemang sambil berdiri
Nak dimakan di Aidilfitri
Nak hantar kadraya posmen lak cuti
SMS ajelah yang boleh diberi

 

Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai.

Ingin lagi Koleksi Pantun ? Klik => Koleksi Pantun Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

 


Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih


5 COMMENTS

  1. Aidilfitri hari kemaafan Menghapus kesalahan sesama insan Memupuk perpaduan sesama ehsan Mengikat tali keakraban kuih makmur kuih tat mari makan sama ketupat bukan je selamat hari raya tapi hari raya yang slamat itu yang perlu kita ingat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here