i love islam

i love islam

Koleksi Senarai Hadis / Hadith – semua hadis @ hadith yang berada dalam ini telah diambil dari website www.islam.gov.my untuk dikongsikan bersama pembaca semua.. mudah-mudahan dengan adanya koleksi senarai hadis atau hadith ini dapat membantu kalian dalam segala urusan..

Koleksi Senarai Hadis / Hadith

Cemburu Allah – Daripada Abu Hurairah RA daripada nabi SAW, baginda bersabda, ‘Sesungguhnya Allah SWT cemburu (tidak suka) dan cemburu Allah SWT itu ialah terhadap orang yang akan mengerjakan apa yang diharamkan Allah ke atasnya’.

Amalan Untuk Masuk Syurga – Daripada Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansori RA bahawasanya seorang lelaki berkata ‘Wahai Rasulullah, beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk syurga’. Jawab Rasulullah, ‘Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, dirikan solat, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturahim’.

Perkara Yang Mengiringi Jenazah – Daripada Anas RA daripada Rasulullah SAW sabdanya, ‘Tiga perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya. Maka dua perkara akan kembali semula, yang tinggal bersamanya hanyalah amalannya’.

Jangan Menghina Orang Yang Melakukan Kejahatan – Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya, ‘Apabila seorang hamba sahaya perempuan melakukan zina dan telah nyata zinanya maka sebatlah ia (dengan 50 kali sebatan) tetapi janganlah menghinanya (dengan kata-kata kesat), kemudian jika dia berzina lagi (buat kali keduanya), maka sebatlah dia tetapi janganlah menghinanya. Kemudian jika dia berzina lagi buat kali ketiganya, maka juallah dia sekalipun dengan seutas tali daripada bulu(haiwan)’.

Berbelanja di Jalan Allah – Daripada Abu Abdullah (dikatakan Abu Abdul Rahman) Tsauban bin Bujdad hamba yang dimerdekakan Rasulullah SAW katanya, sanda Rasulullah SAW, ‘Sebaik-baik wang yang dibelanjakan oleh seseorang ialah wang yang dibelanjakan untuk menyara keluarganya, wang yang dibelanjakan untuk binatang tunggangan pada jalan Allah dan wang yang dibelanjakan untuk kawan-kawannya di jalan Allah’.

Redha Suami Membawa Ke Syurga – Daripada Ummu Salamah R.ha katanya, sabda Rasulullah SAW, ‘Mana-mana wanita yang meninggal dunia sedang suaminya redha terhadapnya nescaya dia akan masuk ke syurga’.

Anak Perisai Api Neraka – Daripada Aisyah R.ha katanya, ‘Datang kerumahku seorang perempuan meminta (makanan), tidak ada sesuatu disisiku melainkan sebiji kurma lalu aku beri kepadanya’. Maka dia pun membahagi sebiji kurma tadi kepada dua orang anaknya dan dia sendiri tidak memakannya. Kemudian dia pun keluar (daripada rumah Aisyah). Setelah Nabi SAW datang kepada kami lalu aku pun memberitahunya (peristiwa tersebut), maka baginda bersabda, ‘Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan ini dengan sesuatu lalu dia melayan (memelihara) mereka dengan baik adalah mereka menjadi penghalang daripada api neraka’.

Ingatlah Golongan Yang Lemah – Daripada Mus¡¯ab bin Abu Waqas R.huma katanya, ‘Saad merasakan dirinya mempunyai kelebihan daripada orang lain’. Maka Nabi SAW bersabda, ‘Kamu tidak ditolong dan diberi rezeki melainkan dengan (sebab) adanya orang yang lemah (dikalangan kamu)’.

Balasan Syurga Yang Teramat Indah – Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: Allah berfirman: ‘Aku telah menyediakan untuk hambaKu yang soleh, apa yang belum pernah mata melihat, belum pernah telinga mendengar dan belum pernah teringat (terlintas) dalam hati manusia’.

Wanita Adalah Ujian Kepada Lelaki – Daripada Usamah bin Zais R.huma dari Nabi SAW sabdanya, ‘Aku tidak tinggalkan selepas kematianku satu ujian kepada kaum lelaki yang lebih mencabar melainkan ujian dengan perempuan’.

Sifat Tawakal Membawa Ke Syurga – Daripada Abu Hurairah RA katanya, Nabi SAW bersabda, ‘Akan masuk ke syurga orang-orang yang hati mereka seperti hati burung (yakni benar-benar berserah dan percaya kepada jaminan Allah pada dirinya)’.

Ganjaran Memelihara Anak Gadis – Daripada Anas RA daripada Nabi SAW sabdanya, ‘Sesiapa yang memelihara dua anak gadis sehingga baligh kedua-duanya nescaya dia datang bersama aku pada hari kiamat seperti ini sambil menunjukkan (merapatkan) dua jarinya’.

Kelebihan Solat Subuh Berjemaah – Daripada Jundub bin Abdullah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, ‘Sesiapa yang bersolat subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian (Allah denan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan (perjanjian). (Jangan sampai kamu meninggalkan solat subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah menyembahkan mukanya ke dalam api neraka’.

Waktu Doa Paling Mustajab – Dari Ibnu Abbas RA katanya:? Rasulullah SAW membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda:? ‘Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T.?’

Jangan Mendedahkan Aib Orang lain – Daripada Ibnu Umar R.huma bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, ‘Orang Islam itu adalah saudara kepada seorang Islam yang lain, tidak boleh dia menzaliminya atau membiarkannya dizalimi. Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya nescaya Allah akan memenuhi hajatnya dan sesiapa menolong seorang Islam lain untuk melepaskan daripada satu kesusahan nescaya Allah akan melepaskannya daripada kesusahan dan penderitaannya dihari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya di hari kiamat’.

Manusia yang Sebenar-benar Bijak – Daripada Abu Yaala Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW sabdanya, ‘Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati. Manakala orang yang lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsunya sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang diredhai.’

Jauhi Godaan Wanita – Daripada Abu Said al-Khudri RA daripada Nabi SAW sabdanya, ‘Sesungguhnya dunia itu amat manis dan indah pada pandangan mata. Sesungguhnya Allah melantik kamu menjadi pemerintah di dunia ini dan Allah memerhatikan bagaimana kamu bekerja. Oleh itu takutlah (Jauhi) fitnah dan takutilah tipu daya atau godaan wanita. Sesungguhnya fitnah pertama terhadap Bani Israil berlaku disebabkan wanita.’

Tegahan Memperlekeh Pemberian Jiran – Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, ‘Wahai wanita muslimah janganlah jiran memperkecilkan (pemberian) jirannya walaupun (pemberian) itu hanya berupa kaki kambing.’

Silaturahim Memanjangkan Umur dan Murah Rezeki – Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, ‘Sesiapa yang suka diluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia mengeratkan silaturahim.’

Disiplin dalam Solat – Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Bersabda Muhammad SAW.:’Tiadakah takut orang yang mendahului imam mengangkatkan kepala sebelum imam, bahwa Allah akan mengubah kepalanya menjadi keldai!’

Ancaman Meninggalkan Solat Jumaat – Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:?Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai??

Ukuran Kekuatan Muslim Pada Menahan Nafsu Marah – Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, ‘Bukanlah ukuran kekuatan seseorang itu dengan menewaskan lawan tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat menahan hawa nafsunya ketika marah.’

Fadhilat Bersedekah – Dari Amru bin Auf RA katanya Rasulullah SAW bersabda: ‘Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).?’

Apalah Ada Pada Rupa Paras.. – Daripada Abu Hurairah Abd ar-Rahman bin Sakhr RA katanya: ‘Rasulullah SAW bersabda: ‘Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu.’

3 Perkara Yang Disukai Allah – Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas¡¯ud RA katanya, ‘Aku bertanya kepada nabi SAW, apakah amalan yang paling Allah suka?’ Jawab Nabi SAW, ‘Mengerjakan sembahyang dalam waktunya’. Aku bertanya lagi, ‘Kemudian apa?’, jawabnya, berbuat baik kepada kedua-dua ibubapa’. Aku bertanya lagi, ‘Kemudian apa?’ Jawabnya, ‘Jihad untuk menegakkan agama Allah’.

Berilah Walau Sedikit Pun – Daripada Abu Hurairah (juga) katanya, sabda Rasulullah SAW, ‘Wahai perempuan-perempuan muslimat janganlah menghina seorang jiran kepada jiran tetangga yang lain, sekalipun (apa yang diberi itu) berupa kaki kambing’.

Perintah Anak Solat – Daripada ¡®Amru bin Syu’aib daripada bapanya, daripada datuknya RA katanya, sabda Rasulullah SAW ‘Perintahkan (ajarlah) anak-anak kamu menunaikan sembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan rotankan ketika mereka berumur sepuluh tahun dan asingkan tempat tidur mereka’.

Siapakah Ahli Neraka? – Daripada Usamah RA daripada Nabi SAW sabdanya, ‘Aku berdiri dimuka pintu syurga lalu (kelihatan) kebanyakan orang yang masuk kedalamnya ialah orang-orang yang miskin, sedangkan orang-orang kaya ditahan, manakala ahli-ahli neraka pula disuruh bawa ke dalam neraka. Ketika aku berdiri dipintu neraka pula (kelihatan) kebanyakan yang masuk ke dalam ialah orang-orang perempuan’.

Menutup Keaiban Orang lain – Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW sabdanya, ‘Tiada menutup seseorang hamba akan keaiban seorang hamba didunia melainkan Allah menutup keaibannya di hari kiamat’.

Tanggungjawab Seorang Pemimpin – Daripada Abu Qatadah al-Harith bin Rib¡¯iey RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: ‘Aku berdiri untuk mengerjakan solat dan bercadang memanjangkan bacaan, tiba-tiba aku terdengar tangisan anak kecil lalu aku percepatkan solat kerana bimbang menyusahkan ibunya’.

Kelebihan Berulang Alik Ke Masjid – Daripada Abu Zar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda ‘ Sesiapa yang pergi ke Masjid pagi atau petang, Allah akan sediakan baginya di dalam syurga, hidangan dan jamuan setiap kali dia pergi atau balik.




BACA LEBIH 200+ KOLEKSI CERITA/GAMBAR LAWAK

Dua Nikmat Kurniaan Allah – Daripada Abdullah bin Abas RA katanya, Rasullullah SAW bersabda, ‘Dua nikmat, banyak manusia rugi padanya (kerana mensia-siakannya) iaitu kesihatan dan kelapangan.’

Kelebihan Sujud dalam Solat – Daripada Abu Abdullah yang dikenali juga dengan Abdul Rahman Thauban RA hamba Rasulullah SAW katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Perbanyakkanlah sujud sesungguhnya sekali-kali tidaklah engkau sujud kerana Allah satu sujud pun kecuali Allah mengangkat dengannya satu darjat, dan hapuskan dengannya satu dosa.’

Si Pemurah dan Si Bakhil – Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Nabi SAW bersabda, ‘Tidak berpagi-pagi seseorang itu melainkan turun kepadanya 2 malaikat lalu seorang daripada kedua-duanya dengan berkata, ‘Ya Allah, berikan ganti kepada orang yang berbelanja’, dan seorang lagi pula berdoa dengan katanya, ‘Ya Allah, binasakanlah harta orang yang bakhil’.

Jangan Cuai Sara Keluarga – Daripada Abdullah bin ‘Amru al-‘As R.huma katanya, sabda Rasulullah SAW, ‘Cukuplah dosa seseorang itu dengan mencuaikan tanggungjawabnya menyara keluarganya.

Orang Paling Sempurna Imannya – Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, ‘Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya. Sebaik-baik kamu ialah mereka yang paling baik (pergaulan) dengan isterinya’.

Ganjaran Syurga Bagi Penjaga Anak Yatim – Daripada Sahal bin Sa’ad RA katanya, sabda Rasulullah SAW, ‘Saya dan penjaga anak yatim berada dalam syurga begini, dan baginda menunjukkan dengan jari telunjuk dan jari tengah dan baginda merenggangkan antara kedua-dua jarinya’.

Siapakah Ahli Neraka? – Daripada Usamah RA daripada Nabi SAW sabdanya, ‘Aku berdiri dimuka pintu syurga lalu (kelihatan) kebanyakan orang yang masuk kedalamnya ialah orang-orang yang miskin, sedangkan orang-orang kaya ditahan, manakala ahli-ahli neraka pula disuruh bawa ke dalam neraka. Ketika aku berdiri dipintu neraka pula (kelihatan) kebanyakan yang masuk ke dalam ialah orang-orang perempuan’.

Hukuman Minum Arak – Daripada Abu Hurairah RA katanya, ‘Seorang lelaki yang minum arak telah dihadapkan kepada Nabi SAW lalu baginda bersabda, ‘Pukullah dia’. Abu Hurairah berkata lagi, ‘Maka dalam kalangan kami ada yang memukul dengan tangan, dengan sepatu dan memukul dengan kain’. Kemudian apakala dia beredar ada dua orang berkata, ‘Allah telah menghina engkau’, Nabi bersabda, ‘Jangan kamu berkata demikian, jangan membantu syaitan (berbuat demikian)’.

Menolong Orang Zalim dan Yang Dizalimi – Daripada Anas RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, ‘Tolonglah saudara kamu yang zalim atau yang dizalimi’, berkata seorang lelaki, ‘Wahai Rasulullah, aku akan menolongnya jika ia dizalimi, bagaimana pula aku akan menolongnya jika dia seorang yang zalim?’ jawab baginda, ‘Engkau boleh menahannya daripada melakukan kezaliman, maka yang demikian bererti engkau menolongnya’.

Menggunakan Harta Dengan Jalan Batil – Daripada Khaulah binti Tsamir Al-Ansoriyah, iaitu perempuan (isteri) Hamzah RA katanya, ‘Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sesungguhnya ada beberapa jenis atau golongan lelaki yang membelanjakan harta orang Islam bukan dengan kebenaran. Maka bagi mereka api neraka pada hari kiamat’.

Kasih Sesama Muslim – Daripada Anas RA, daripada Nabi SAW sabdanya, ‘Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.’

Menyeru Ke arah Kebaikan – Daripada Abu Mas’ud Uqbah bin Amru al-Ansori al-Badri RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, ‘Sesiapa yang telah menunjukkan ke arah kebajikan maka baginya pahala seperti orang yang melakukan kebajikan itu’.

Orang Yang Berbudi Mulia – Daripada Abu Darda’ RA, Rasulullah SAW bersabda: ‘Bukanlah (golongan ini) daripada orang-orang beriman yang sempurna imannya iaitu orang yang suka mengecam, suka melaknat, suka bercakap kufur dan suka mencarut’.

Bercita-cita Syahid di Jalan Allah – Daripada Abu Sabit, ada orang yang memanggilnya Abu Said dan ada pula yang memanggilnya Abu al-Walid iaitu Sahal bin Hanif salah seorang yang menyertai perang Badar (bersama Rasulullah SAW), ‘Sesungguhnya Nabi SAW bersabda, sesiapa yang memohon kepada Allah mati syahid dengan bersungguh-sungguh, nescaya Allah akan samakan tarafnya dengan orang yang mati syahid walaupun dia mati di tempat tidur.’

Hidup Suatu Ujian – Daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW, ‘Malapetaka itu akan terus menimpa orang Mukmin lelaki dan perempuan, menimpa dirinya, anaknya ataupun hartanya sehingga dia menemui Allah Taala dalam keadaan bersih daripada segala kesalahan.’

Ganjaran Menahan Marah – Daripada Muaz bin Anas RA bahawasanya Nabi SAW bersabda, ‘Sesiapa yang menahan kemarahannya sedangkan dia mampu bertindak menurut perasaan marahnya maka Allah akan menyerunya di hari kiamat di hadapan khalayak ramai (sebagai suatu penghormatan) sehingga Allah memberi pilihan kepadanya bidadari yang dia suka.’

Bohong Sunat – Dari Ummu Kalsum binti ‘Uqbah RA sesungguhnya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: ‘Bukanlah termasuk pendusta orang yang mendamaikan manusia. Ditambahnya yang baik atau dikatakannya yang baik..

Kebersihan dan kesucian dalam Islam – Dari Abu Malik Al-Asya’ari RA katanya : Rasulullah SAW bersabda ‘Bersuci membersihkan diri (zahir dan batin) adalah setengah daripada iman..’

Jauhi Fitnah – Dari Zainab ats-Thaqafiy r.a katanya:’Apabila kamu (para wanita) mengikuti solat Isya’ berjamaah di masjid, maka janganlah memakai harum-haruman ketika itu.

Sujud Syukur – Dari Abu Bakar r.a bahawa Nabi Muhammad SAW biasanya apabila menerima berita yang mengembirakan baginda terus sujud kepada Allah.

Beradab Ketika Minum – Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:Jangan kamu minum sekaligus seperti binatang ternakan minum, tetapi minumlah dua kali atau tiga kali, membaca bismillah bila mula minum dan membaca alhamdulillah sesudah selesai.

Batasan Dalam Bergurau Senda – Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya::Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !.

Kelebihan Berwuduk – Daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, ‘Apabila seorang muslim atau mukmin berwuduk, maka dia membasuh mukanya keluarlah daripada mukanya itu segala dosa yang dilakukan oleh matanya bersama air atau bersama dengan titisan air yang akhir. Apabila dia membasuh kedua tangannya keluarlah daripada keduanya segala dosa yang dilakukan oleh tangannya bersama air atau bersama titisan air yang akhir. Apabila dia membasuh kedua kakinya keluarlah segala dosa yang dilakukan oleh kedua kakinya bersama air atau bersama titisan air yang akhir sehingga bersihlah dia daripada segala dosa. “

Amanah Dituntut Dalam Islam – Daripada Abu Hurairah RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, ‘Tanda-tanda orang munafiq ada tiga, apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkir janji dan apabila diberi amanah ia khianat.’ Dalam satu riwayat, ‘Meskipun dia berpuasa dan solat dan mengaku bahawa dirinya seorang muslim. “

Separuh pahala – Abu Hurairah RA berkata Nabi SAW bersabda maksudnya : ‘Apabila seorang wanita menafkahkan sebahagian dari hasil usaha suaminya tanpa izin suaminya maka bagi suaminya separuh pahala. “

Tanda-Tanda Hampir Kiamat – Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Belum akan terjadinya kiamat sebelum banyak ˜haraj’. Bertanya para sahabat,:Apakah itu haraj ya Rasulullah? Jawab baginda,:Pembunuhan! Pembunuhan!. “

Menghayati – Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis. “

Status Orang Mati Bunuh Diri – Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya::Sesiapa yang membunuh dirinya dengan benda tajam, maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam. Hal itu akan berlangsung selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun sehingga mati, maka ia akan meminumnya di dalam neraka Jahanam selama-lamanya. Sesiapa yang menjatuhkan diri dari gunung semata-mata untuk membunuh diri, maka ia akan menjatuhkan dirinya ke dalam neraka Jahanam selama-lamanya.. “

Menjadi Tanggungan – Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi SAW sabdanya yang bermaksud:Orang-orang yang berusaha mencari nafkah untuk perempuan-perempuan yang tidak (belum) bersuami dan untuk orang-orang miskin, sama dengan orang-orang yang berjuang fi sabilillah. “

Mendahulukan Yang Kanan – Dari Aisyah r.a katanya:Rasulullah SAW lebih suka mandahulukan yang kanan dalam segala keadaan (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwudhuk dan mandi. “

Sifat Pemalu Rasulullah s.a.w – Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya:Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu dari gadis pingitan. Apabila baginda tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahuinya dari wajah baginda.. “

Riya’ Perbuatan Syirik – Rasullah s.a.w bersabda: ‘ Jauhkan dan singkirkanlah perkara-perkara yang membinasakan.’ Sahabat-sahabat Baginda bertanya: ‘Apakah dia perkara-perkara itu ya Rasulullah?’ Baginda s.a.w menjawab: ‘(Salah satu yang terbesar di antaranya) ialah melakukan syirik terhadap Allah. “

Barang Yang Tercicir – Dari Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a, dari Rasulullah saw. sabdanya: Sesiapa yang memungut barang yang hilang, maka dia bersalah selama dia tidak mengumumkannya. “

Syurga – Dari Jabir r.a , katanya: Rasul s.a.w bersabda: anak kunci syurga ialah sembahyang. “

Menjaga Hati – Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati. “

Solat Jumaat – Dari Abu al-Ja`d ad-Dhamiri, r.a, bahawa rasul s.a.w bersabda: sesiapa yang meninggalkan (solat Jumaat) sebanyak 3 jumaat dengan keadaan sengaja meringan-ringan dan mencuaikannya, nescaya Allah meterikan atas hatinya. “

Mentaati Kedua Ibu Bapa – Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa. “

Allah Melaknat Orang Yang Makan Riba – Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Allah akan melaknat pemakan riba, yang memberi makan, dua orang saksinya dan juru tulisnya. “

Keadilan – Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Takutlah doa orang yang dizalimi sekalipun ia seorang kafir kerana sesungguhnya tidak ada halangan di antara doanya dengan Allah. “

Antara yang MENARIK...