Kuarantin Wajib Di Pusat Kuarantin Bermula Jumaat Ini

0
155
views

Kuarantin Wajib Di Pusat Kuarantin Bermula Jumaat Ini. Bermula 24 julai 2020, jumaat ini semua rakyat Malaysia termasuk warga asing yang diberkan masuk ke negara ini dikenakan kuarantin wajib di pusat-pusat kuarantin yang disediakan kerajaan.

Kuarantin Wajib Di Pusat Kuarantin Bermula Jumaat Ini

YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB

Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini disebabkan oleh beberapa orang yang tidak mengikut SOP yang telah ditetapkan kerajaan dengan kuarantin wajib dirumah.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Mereka yang terlibat perlu menanggung sepenuhnya kos kuarantin di stesyen kuarantin samada di institusi ataupun di hotel seperti yang dipersetujui sebelum ini.

Peningkatan kes COVID-19 dalam negara dan kemunculan 13 kluster baharu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) amat membimbangkan.

Ini jelas menunjukkan bahawa masih terdapat ancaman wabak COVID-19 dalam negara dan rakyat Malaysia diminta agar tidak leka dan mengambil mudah berkenaan keselamatan mereka serta ahli keluarga.

Pakai pelitup muka di tempat awam terutama di tempat ramai orang untuk melindungi diri sendiri dan orang lain.

Lagi berita berkaitan Covid-19


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here