jata negara

jata negara

Latihan Industri di Jabatan Perdana Menteri – PELUANG MENJALANI LATIHAN INDUSTRI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Syarat Kelayakan Permohonan
Permohonan untuk menjalani latihan industri di Jabatan Perdana Menteri terbuka
kepada pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Institusi
Pengajian Tinggi/Politeknik/Kolej dalam peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana
Muda.

Bidang Pengajian
Pelajar yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang Fotografi, Kewangan,
Kesetiausahaan, E-Kesetiausahaan, Komunikasi, Pengurusan dan Teknologi Pejabat,
Perakaunan, Sains Komputer, Teknologi Maklumat adalah diutamakan untuk
memohon. Manakala bagi lain-lain bidang adalah digalakkan.

Penempatan
Penempatan pelajar latihan industri di Bahagian/Seksyen/Unit di Jabatan Perdana
Menteri adalah disesuaikan mengikut bidang pengajian yang dipelajari dan keperluan
semasa.




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

Kemudahan Elaun
Pelajar layak menerima elaun latihan industri sebanyak RM15.00 sehari (hari bekerja
sahaja) tidak termasuk hari cuti awam/umum/hujung minggu. Pembayaran elaun
adalah terhad kepada maksimum tiga bulan sahaja (90 hari bekerja).

Prosedur Permohonan
Pelajar boleh mengemukakan permohonan yang lengkap secara pos atau melalui
emel sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum latihan industri bermula bagi
tujuan rekod dan semakan, dokumen yang diperlukan seperti berikut:-

 surat permohonan daripada Institusi Pengajian Tinggi/Politeknik/Kolej;
 Resume terkini beserta gambar passport; dan
 course outline.

Pegawai untuk dihubungi dan Alamat Pejabat

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai di Unit Pengambilan seperti berikut:-

Nama Pegawai : Puan Nur Sakinah binti Sulaiman
No. Telefon : 03-8872 1857
Emel : [email protected]

Nama Pegawai : Puan Wan Nurhazwani binti Shamsudin
No. Telefon : 03-8872 1858
Emel : [email protected]

Permohonan boleh dihantar secara pos ke alamat berikut:-

Setiausaha Bahagian
Bahagian Inovasi dan Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Perdana Menteri
Aras 3, Blok B8, Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Pengambilan)

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih