Lawak Tertinggal Kereta Api

Ajoi,Sumardi dan Pancis sedang menunggu keretapi di stesyen keretapi Seremban. Diaorang bertiga kalau dah berjumpa macam-macam cerita di borakkan sehingga terlepas keretapi yang hendak dinaiki.

Apabila perasan keretapi dah bergerak, mereka bertiga berlari pecut mengejar keretapi tersebut.

Macam filem stunt, Sumardi dan Pancis berjaya juga lompat dan menaiki keretapi tersebut tetapi Ajoi tak dapat naik.




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

Walau macamanapun Ajoi kelihatan ketawa terbahak-bahak sampai terguling-guling tepi landasan. Pekerja KTM yang melihat aksi mereka dari tadi berasa pelik dan menghampiri Ajoi..

Pekerja KTM: Kenapa encik ketawa? Bukan ker encik tak berjaya mengejar keretapi tadi ?

Ajoi: Sebenarnya yang naik keretapi tadi saya seorang, diaorang berdua hanya PENEMAN hantar jer…wakakakak

Pekerja KTM : (%#*!$!#()@$^