Live Sinopsis Vila Ghazara

0
472
views

Live Sinopsis Vila Ghazara. Vila Ghazara adalah drama taruhan terbaharu slot Akasia yang menggantikan drama Cinta Bukan Kristal. Drama ini membariskan nama-nama hebat seperti Mustapha Kamal, Shukri Yahaya, Azira Shafinaz, Syed Aiman, Aidil Aziz, Haleeda, Hafeez Mikail, Amirul Faqeem, Elly Mazlein, Tunku Hanis dan Zaryn Min.

Live Sinopsis Vila Ghazara

vila ghazaraDrama Vila Ghazara terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd yang diarahkan oleh Feroz Kader manakala skrip oleh Zulfkifli Ahmad & Norimy Omar ini akan mula bersiaran mulai 17 September ini.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔




Koleksi Cerita Lawak
Info Kerja Kosong Kerajaan

Sinopsis Vila Ghazara teratak yang diberi nama hasil gabungan nama pemiliknya iaitu, Dr. Ghazaly Baqri (Ghaz), seorang doktor kosmetik yang juga ahli lembaga pengarah sebuah hospital swasta terkenal bersama isterinya iaitu Zaharah (Zara). Kejayaan Dr. Ghaz sebagai seorang doktor kosmetik yang tersohor dan ahli perniagaan berjaya membuatkan dia sering mengongkong dalam menentukan arah tuju lima puteranya iaitu Zarul (Syed Aiman), Adrian (Aidil Aziz), Hariz (Shukri Yahaya), Dazrin (Hafeez Mikail) dan Azrel (Amirul Faqeem).

Walau terlihat hebat dengan keluarga sempurna di mata ramai, selama lima tahun lamanya, Dr. Ghaz menyimpan rahsia bahawa sebenarnya dia mempunyai seorang isteri lain bernama Maria (Elly Mazlein). Kerana sikapnya yang mahukan kesempurnaan, dia mengatur kehidupan anak-anaknya tanpa memikirkan kemahuan atau minat tersendiri anak-anaknya. Sehingga anak-anaknya membawa diri. Jadi nak tahu apakah konflik yang terjadi dalam kehidupan Ghaz?

Mungkinkah rasa benci di antara Arianna dan Hariz akan membibitkan rasa cinta? Untuk ketahui kesudahannya, jangan lupa untuk mengikuti drama Vila Ghazara setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3.


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here