Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang Perak

0
29
views

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang Perak. Akhirnya minggu lepas sempat merasa Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang Perak yang disebut-sebut orang dan pernah viral satu ketika dulu. Lokasi agak jauh daripada kampung tapi dah singgah taiping alang-alang singgah jugalah ke Mee Udang Mak Jah.

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang Perak

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang PerakPelan mula-mula nak cari makan di keuy tiaw doli taiping tapi 2 hari pergi tutup ja dah lama mengidam nak makan tapi apakan daya bila pergi ja asyik tutup mungkin takda rezeki. Teringat kembali sedara pernah mention Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang Perak untuk tukar selera.




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

Bila google maps Mee Udang Mak Jah jaraknya dalam 20 minit gitu alang-alang dah lapar kitaorang decide untuk pergi juga ke kuala sepetang untuk rasa apa yang sedap tetang mee viral ini.

Ternyata bila sampai je dikedai dalam jam 3 petang kedai dah sesak dengan manusia yang kelaparan. Rata-rata meja penuh dengan orang yang sedang makan. Bila ambik order tak sampai 10 minit makanan pun tiba agak pantas juga lah.

Rasanya ok ok kuahnya boleh tahan juga sedap dan paling menarik udangnya yang banyak dan fresh gitu. Tak ingat berapa banyak udang tapi lebih daripada 5 ekor jugalah. Harga RM13 untuk satu mangkuk ni agak berbaloi dengan udang yang banyak tu.

Mee Udang Mak JahCuma satu je nak tegur. Walaupun orang ramai dan letih sekalipun senyuman mesti mau ada sebab sebelum makan orang nak ambik mood dulu kalau muka masam nanti effect pada mood nak makan. Kalau ada minuman special atau viral yang menarik maybe lagi semangat nak singgah lagi.


Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here