Menara Merdeka 118 Tertinggi Di Malaysia dan Kedua Tertinggi di Dunia

0
306
views

Menara Merdeka 118 Tertinggi Di Malaysia dan Kedua Tertinggi di Dunia. Nama bangunan ni, Merdeka 118 adalah sempena lokasinya yang terletak di antara Stadium Merdeka & Stadium Negara. 118 tu pula merujuk kepada bilangan tingkat bangunan ni, 118 tingkat. Juga dikenali sebagai PNB 118. Ia dimiliki dan dibangunkan oleh syarikat pengurusan aset terbesar negara kita, PNB (Permodalan Nasional Berhad).

Menara Merdeka 118 Tertinggi Di Malaysia dan Kedua Tertinggi di Dunia

Dekat Kuala Lumpur, mesti korang perasan ada satu bangunan baru dalam pembinaan yang tinggi menjulang! Lagi tinggi dari KLCC, TRX & Menara KL. Tahukah korang, bangunan tu kalau dah siap, ia akan jadi bangunan KEDUA TERTINGGI DI DUNIA selepas Burj Khalifa!

Rekaannya pula adalah berdasarkan “silhouette” imej Tunku Abdul Rahman (TAR) sewaktu beliau mengangkat tangan melaungkan “Merdeka!” pada 31 Ogos 1957. Jadi, spire (tiang) dekat puncak menara ni bukan saja2 pacak tau, tapi sebab ia melambangkan tangan TAR.

Merdeka 118

Bangunan ni dari bawah, sampai ke tiang puncaknya, dilitupi dengan kaca yg membentuk seperti kristal. Tapak asas menara ni yg berbentuk diamond adalah dari motif Songket Melayu. Bentuk2 segi tiga pelbagai saiz pada permukaannya pula melambangkan kepelbagaian budaya di Malaysia.

Keseluruhan kompleks Merdeka 118 ni dibangunkan dalam 3 fasa. Fasa 1, menara 118 tingkat tu sendiri. Fasa 2, mall & taman rekreasi. Fasa 3, tiga buah menara kediaman kat sekeliling menara utama. Fasa 1 & 2 akan siap pada 2021, manakala fasa 3 siap pada 2024.

Menara Merdeka 118 tu sendiri terdiri dari 3 bahagian; pejabat gred-A, hotel Park Hyatt & anjung tinjau. Pejabat terdiri dari 83 tingkat, hotel 17 tingkat, manakala 18 selebihnya untuk ameniti seperti anjung tinjau, sky lobby, restoran, ruang VIP, dll.

Empat tingkat teratas menara ni menempatkan anjung tinjau & restoran. Anjung tinjau tu ada teropong macam kat Menara KL tu. Jadi, kita boleh tgk pemandangan bandaraya KL daripada paras ketinggian 500m. Anjung tinjau Merdeka 118 ni juga adalah yang TERTINGGI DI ASIA TENGGARA!.

✔ SUPPORT KAMI !! LIKE PAGE KAMI ✔



Merdeka 118 bakal siap dan dibuka kepada umum pada tahun 2021. Ketinggiannya yang mencapai 635 meter menjadikannya sebagai bangunan tertinggi di Malaysia, tertinggi di Asia Tenggara & KEDUA TERTINGGI DI DUNIA.

Namun, ada ura-ura yg mengatakan ketinggiannya akan ditingkatkan sehingga mencapai 678.9 meter. Yg itu, sama-sama kita nantikan.

Ilustrasi berikut adalah perbandingan Merdeka 118 dgn Burj Khalifa serta beberapa pencakar langit yg lain di dunia.

Bangunan tertinggi di dunia

Lif tu juga adalah lif panel kaca yang TERTINGGI DI DUNIA! Nak naik dari tingkat 1 ke tingkat 118 ambil masa hanya 65 saat. Selain tu, kat bawah menara ni pula ada shopping mall 7 tingkat. Kat luar, ada taman air pancut yang mengalir dari menara sampai ke hujung sepanjang Stadium Merdeka.

Pada waktu malam, menara Merdeka 118 akan dinyalakan dengan light strip yang bercahaya & bergerak dari bucu ke bucu. Ia akan memberi pencahayaan yang berbeza dan futuristik jika dibandingkan dengan bangunan2 lain di Kuala Lumpur.

Menara Merdeka 118

Arkitek kepada Merdeka 118 ini adalah Fender Katsalidis yang berasal dari Australia. Diorang ni terkenal dengan Eureka Tower yg pernah menjadi bangunan tertinggi di Australia.

Kredit : Skyscrapers MY


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here