Mendaki Bukit Broga dan Gunung Tok Wan

0
157
views

Mendaki Bukit Broga dan Gunung Tok Wan. Bila sebut bukit broga pasti ramai yang pernah mendaki beberapa kali disini tapi bila sebut gunung tok wan pasti ramai yang tidak tahu atau belum pernah mendaki. Gunung tok wan juga mempunyai sejarah yang mana pernah ada kes sesat di gunung tok wan.

Mendaki Bukit Broga dan Gunung Tok Wan

gunung tok wanMula berkumpul di bukit broga seawal jam 5.30 pagi menanti rakan-rakan kumpulan untuk mendaki sama. Anda boleh solat subuh di tapak bukit broga ada tempat solat disediakan. Bersiap dan menanti rakan yang lain tiba akhirnya jam 7 pagi baru semuanya berkumpul untuk mendaki waktu itu kitaorang antara yang paling lewat mendaki.

Tak ingat jam berapa sampai di puncak broga dalam 1-2 jam sebabnya kitaorang banyak bergambar dan selfie sepanjang mendaki dan sewaktu tiba di puncak dah ada beberapa kumpulan pendaki yang sedang menuruni bukit broga.

bukit brogaSampai di puncak kitaorang berehat bergambar sebentar dalam 15-20 minit sebelum meneruskan pendakian kami ke gunung tokwan. Harus diingatkan kepada yang belum mahir atau tidak pernah melalui gunung tokwan perlulah menggunakan khidmat guide macam yang kami gunakan untuk mendaki gunung tok wan.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Walaupun ada tanda-tanda di sekitar gunung tok wan tapi belum tentu semua jalan mempunyai tanda. Harus diingatkan pernah ada kes orang sesat di gunung tok wan. Langkah berjaga-jaga perlulah diambil bagi mengelakkan kes sama berulang.

rehat gunung tok wanjalan ke puncak gunung tok wan tidak lah mencabar sangat cuma ada beberapa tempat yang mencanak hiking dan mencanak turun.. selebihnya biasa naik turun dan jalan yang panjang. Stamina perlu ada sebelum mendaki gunung tok wan agar tidak pancit ditengah jalan.

sampai puncak dalam jam 11.30 tengahari. Sempat masak air makan bekalan dan lepak baring pulihkan tenaga sebelum muka kembali ceria untuk selfie dan bergambar.

Sampai jam 12.30 tengahari kitaorang ambik keputusan untuk turun kebawah sebelum cuaca menjadi semakin panas di puncak.

dari puncak gunung tok wan sampai ke kaki bukit broga kitaorang ambik masa yang agak lama sempat singgah di puncak broga lepak santai lagi dan akhirnya sampai di kaki bukit jam 4 petang. Bayangkan kulit terbakar sewaktu menuruni bukit broga yang kurang pokok tinggi.

Anda dinasihatkan bawa lebihan air untuk minum sekiranya plan untuk mendaki atau menuruni bukit waktu tengahari kerana cuaca boleh menjadi sangat sangat panas. Akhir kata enjoy hiking release tension.


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here