Mendaki Bukit Kledang Ipoh. Ahad lepas berkesempatan mendaki Bukit Kledang Ipoh bersama rakan-rakan sekolah form 6. Gerak dari Kuala Lumpur jam 4 pagi bersama seorang rakan sebelum tiba di RNR Tapah jam 5.50 pagi untuk solat subuh.

Mendaki Bukit Kledang Ipoh

bukit kledang ipohLepas solat subuh lepak makan sebentar dan meneruskan perjalanan ke ipoh untuk menjemput seorang lagi rakan yang bekerja di ipoh untuk sama-sama mendaki di Bukit Kledang Mengelembu, Ipoh. Mula mendaki dalam 8.30 pagi dan tiba di puncak dalam 10.30 pagi itupun selepas beberapa kali berhenti. Lama tak mendaki semput bebbb..

letih punya pasal asyik tanya orang ja jauh lagi ka ?

aku : abang jauh lagi ka ?
abang : jauh gak kita layan selekoh jela yobb..

aku : awk jauh lagi ka ?
dia : almost.. almost..
aku : almost ehh ? hahaha pahamm

Member dah sampai awal siap wassap lagi dalam group tanya kat mana. Aku selfie tengah duduk suruh depa download aku kat sana terus hahaha letih sempat lagi buat lawak..




BACA KISAH BENAR ISTERI CURANG
MISTERI PENGALAMAN PEMANDU VAN JENAZAH

ada 2 track boleh digunakan untuk mendaki, satu track jalan tar dan satu lagi track hutan. Kitaorang guna track jalan tar ternyata lebih mencabar apabila terpaksa mendaki secara menaik nonstop tiada mendatar tiada menurun hanya mendaki tak henti yang ada hanya selekoh, selekoh dan selekoh sampailah ke puncak. Ambil masa dalam 1.30 minit – 2 jam bergantung kepada berapa lama korang berhenti.

Sempat borak gosip sebelum turun kebawah sampai bawah dalam tengahari jam 12. Terus balik rumah member lepak rehat sempat singgah 7 Eleven cari Slurpee ilangkan dahaga. Rehat rumah member lepas asar keluar cari Nasi Ganja Ipoh yang member mengidam dari minggu sebelum mendaki lagi. Sebelum

puncak bukit kledangGambar kenangan di Puncak Bukit Kledang, Ipoh bersama rakan sekolah form 6. Kamilah 3 bujang terlajak yang tak laku-laku.

Nantikan Artikel Nasi Ganja Ipoh dan Cendol Abang Kacak Sado Akan datang.

Antara yang MENARIK...