Mendaki Bukit Wawasan Puchong

0
756
views

Mendaki Bukit Wawasan Puchong. Selepas 2 hari hiking Denai 3 Puteri Kota Damansara sekali lagi kami mengambil keputusan untuk mendaki pula di Bukit Wawasan Puchong sempena cuti Hari Pekerja 1 Mei lepas. Pendakian melibatkan 7 orang rakan baru dan lama.

Mendaki Bukit Wawasan Puchong

Puncak Bukit WawasanPerjalanan kami bermula selepas subuh dalam jam 6.30 pagi ke bukit wawasan puchong anggaran masa 30-40 minit perjalanan daripada pusat bandaraya KL. Sampai di Puchong singgah makan roti canai sementara tunggu rakan lain tiba. Dari kl berdua dengan rakan berkumpul di puchong adalah dalam 7 orang.

Perjalanan mendaki ke puncak mengambil masa dalam 45minit ke sejam bergantung kepada stamina dan kelajuan korang. Kalau jenis kaki hiking dalam 30minit boleh sampai puncak. Cuma kitaorang lebih kepada santai so ambil masa dalam 1 jam sebab termasuk waktu selfie selfie dan selfie.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔




Koleksi Cerita Lawak
Info Kerja Kosong Kerajaan

bukit wawasan puchongPlanning awai nak singgah ke air terjun tapi banyak sangat papan tanda larangan menceroboh kawasan hutan simpan so kitaorang decide untuk tidak menceroboh walaupun dalam hati memberontak untuk pergi tapi apakan daya setiap brape meter ada papan tanda dilarang menceroboh.

So kitaorang teruskan perjalanan mendaki dengan hasrat dapat tengok view dan port yang menarik untuk sedapkan hati. Teruskan selfie dan selfie dan selfie sementara nak sampai puncak adalah 100 gambar sempat tangkap. Bila dalam group korang ada perempuan macam ni la hahahaha.

Puncak Bukit Wawasan puchongBila dah sampai atas puncak kitaorang bentang kain terus lepak makan sebab atas puncak takda view sangat yang ada papan tanda puncak dan ketinggian. Nak sedapkan hati makan jela apa yang ada. Kawan pula bawa kek pisang bantai gilir2 potong tangkap gambar.

SEJAM hiking naik, SEJAM lepak santai borak, SEJAM turun. Makanya 3 jam kitaorang lepak di Bukit Wawasan Puchong sebelum singgah minum di gerai berhampiran dan pulang ke tempat masing-masing.

Masuk : PERCUMA
Pendakian : 45 minit – Sejam
Lokasi : Bukit Wawasan Puchong


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here