Mendaki di Bukit Dua Ringgit atau Bukit Sentosa. Minggu lepas berkesempatan mendaki bukit dua ringgit (2 ringgit) atau nama lain Bukit Sentosa yang terletak di bukit beruntung. Kenapa dua ringgit ? masih tidak pasti bila tanya pendaki disitu depa pun taktau sebab apa. Bukit Sentosa atau bukit dua ringgit ini boleh dijadikan port hiking selepas bukit broga ditutup.

Mendaki di Bukit Dua Ringgit atau Bukit Sentosa

bukit dua ringgitBukit broga selalunya dijadikan tempat untuk memanaskan badan sebelum cuba untuk mendaki bukit atau gunung yang lebih tinggi oleh pendaki-pendaki sekitar KL dan selangor akan tetapi kini bukit broga telah ditutup atas beberapa sebab.

Bagi menggantikan bukit broga saya cadangkan korang semua cuba mendaki bukit dua ringgit atau dikenali dengan nama bukit sentosa. Balik dari kerja shift malam terus bersiap untuk pergi hiking dengan kawan. Tak berani untuk mendaki tinggi-tinggi sebab kerja shift malam so kitaorang decide untuk hiking bukit 2 ringgit yang berketinggian 250 meter.

Jalan menghala ke bukit ini tidaklah terlalu jauh dan tidaklah terlalu dekat sebab masuk kereta member jalan sekejab dah tertidur mengantuk shift malam sampai sampai dah exit tol bukit beruntung dan dah dekat lokasi.. so taktau berapa lama masa diambil hahahaha..

bukit dua ringgitpermandangan dan view sangat menarik lebih kurang broga juga. Sewaktu mendaki ramai juga dah turun mungkin depa daki waktu pagi kitaorang sampai dalam jam 9 pagi mungkin dah lewat untuk hiking. Anggaran dalam 20 orang yang kitaorang jumpa waktu hiking so tidaklah terlalu ramai lagi mendaki lokasi ini.




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

Track memang dah sedia ada ikut sahaja jalan yang ada. Naik dan turun ikut jalan yang sama insyallah sepanjang jalan mesti jumpa orang kalau hiking hari minggu yang penting waktu hiking jangan cakap besar.

bukit sentosaLaluan untuk mendaki pada bermulaan agak mencabar kerana mendaki dan berbatu-batu.. tapi sangat cantik dan menarik serta tidaklah terlalu bahaya cuma kena lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada. Atas bukit ruang tidak lah sebesar bukit broga tapi boleh lah untuk dibuat melepak dan bersantai dalam 30-50 orang dalam satu masa.

bukit dua ringgitbila dah sampai masing-masing sibuk bergambar sehingga kamera handphone aku yang jadi mangsa 50 gambar tak sampai 3 jam.

bukit dua ringgittidaklah terlalu hutan kerana kebanyakan sekitar pokok kecik-kecik dan rendah seperti gambar diatas dan korang akan nampak sekeliling kawasan bukit tanpa halangan. Apa-apa pun saya cadangkan korang datang waktu pagi untuk elak panas tengahari waktu di puncak yang mengambil masa 15-30 minit untuk mendaki.

Lokasi : Bukit Beruntung, Rawang