Menikmati Air Terjun Panching Kuantan

3
703
views

Menikmati Air Terjun Panching Kuantan. Air Terjun Panching atau dikenali dengan nama Air Terjun Sungai Pandan yang terletak di Kuantan Pahang antara yang menjadi tarikan pelancong dan penduduk sekitar bagi menikmati permandangan dan keindahan alam sekitar pabila tiba hari minggu.

Menikmati Air Terjun Panching Kuantan

air terjun panchingSelepas penat lelah mendaki Bukit Panorama Kuantan kami meneruskan perjalanan pendek ke Air Terjun Panching dengan jarak 10-15 minit pemanduan. Penat mendaki apa kata kita rehatkan badan dengan air sejuk pula. Sampai lokasi dalam tengahari sekitar 12 tengahari.

Bila dah sampai lokasi tak tunggu lama ambik bag terus berjalan menuju ke air terjun dalam 5 minit berjalan bila dah sampai lokasi air terjun memang meriah dengan orang ramai kiri kanan depan belakang sampai atas batu air terjun pun ada orang. Nasib baik lokasi ini lapang dan luas muat untuk ramai orang.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔




Koleksi Cerita Lawak
Info Kerja Kosong Kerajaan

Walaupun air tidak terlalu dalam hanya paras buntot namun lokasi ini tetap menjadi pilihan disebabkan permandangan yang indah, lokasi menarik untuk berkelah bersama keluarga dan kanak-kanak boleh bermandi manda (air rendah).

air terjun sungai padang panchingTak tunggu lama sampai je lokasi air terjun habis tangkap gambar terus cari jalan untuk tengok atas air terjun malangnya jalan telah dipagar so ambik keputusan mandi sahaja di air terjun. Letak bag terus terjun dalam air, memang sejuk dengan udara yang nyaman terasa penat lelah dengan krem kaki tadi hilang bila masuk ja air sejuk.

Part paling best bila korang berdiri bawah air terjun memang sedap sangat terasa satu badan diurut-urut, ditumbuk-tumbuk terasa hilang letih dan stress. Macam tiada masalah sangat sesuai untuk hilangkan stress dan segala kepenatan.

Habis mandi dalam jam 1 petang kitaorang ingatkan nak jumpa member yang berada di kuantan tapi dia ada hal yang tak dapat dielakkan dan terus cari kedai makan ketam viral yang terletak lebih kurang 10-15 minit dari air terjun.

Nantikan artikel Ketam Viral Kuantan


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here