Mimpi Berebut Pistol dengan Penculik

2
645
views

Mimpi Berebut Pistol dengan Penculik. Dah lama rasanya tak mimpi kalau mimpi pun yang biasa-biasa ja tapi tadi masih segar diingatan yang mana mimpi tersebut telah menyebabkan aku tersedar dari tidur. Kisahnya aku dan rakan telah di jadikan tebusan oleh penjenayah dikawasan rumah sendiri.

pistol
kredit gambar : jatimtimes.com

Mimpi Berebut Pistol dengan Penculik

ingatkan drama ja ada aksi berebut pistol dengan penculik tak sangka aku dapat merasakan pengalaman berebut pistol dengan penculik walaupun hanya sekadar mimpi tapi terasa macam aksi yang sebenar. Sebenarnya tak ingat sangat permulaan kepada mimpi ini tapi yang pasti tiba-tiba ada penjenayah datang ke kawasan rumah dan menjadikan kitaorang sebagai tebusan.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



penculik hanya berborak dengan kitaorang sambil kitaorang mencari peluang untuk melepaskan diri. Ternampak satu ketika penculik sedang leka aku cuba merampas pistol yang berada diseluarnya dan aku dapat mencapai pistol tersebut lalu membuang pistol tersebut jauh dari penculik.

Tak sangka penculik ada pistol kedua didalam poket aku cuba mencapai pistol tersebut dan berjaya merampas pistol tersebut lalu penculik cuba melarikan diri. Aku tembak penjenayah tersebut tapi ternyata pistol yang aku rampas itu adalam pistol air (menyumpah habis.. penat bergelut rupanya pistol air).

lagi tak sangka bila penculik ada pistol ketiga yang tersorok dan merupakan pistol sebenar mula mengacukan pistol kearah aku lantas aku berlari dengan laju tapi dikejar oleh penculik dan akhirnya aku ditembak oleh penculik tersebut lantas terbangun dari tidur akibat terkejut.

hareee punya penculik.. sampai 3 pistol kau ? tapi kenapa aku dapat pistol air ja… betullah kata orang mimpi ini mainan tidur dan ternyata aku dimainkan dalam mimpi aku sendiri..


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here