Mufti KL beri nasihat kepada penyokong Malaysia ketika menentang Indonesia

0
15
views

Mufti KL beri nasihat kepada penyokong Malaysia ketika menentang Indonesia. Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Mufti KL beri nasihat kepada penyokong Malaysia ketika menentang Indonesia

malaysia gol

Sekalung tahniah kami ucapkan buat skuad Harimau Malaya kita yang telah berjaya membawa pulang 3 mata amat berharga dari Stadium Gelora Bung Karno. Perlawanan yang telah berlangsung semalam telah menyaksikan bahawa skuad Harimau Malaya telah didahului skuad Indonesia sebanyak dua kali. Namun keterujaan kami adalah apabila skuad Harimau Malaya mampu bangkit semula seterusnya berjaya memenanginya.

Pada pemerhatian kami, skuad Harimau Malaya layak memenangi perlawanan semalam kerana:

-Semua pemain telah berjaya bermain dengan corak permainan yang terbaik serta tenang mengawal emosi sepanjang permainan terutamanya pada separuh masa kedua biarpun ditekan di dalam dan luar padang oleh pemain dan puluhan ribu penyokong Indonesia.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



-Semangat tidak berputus asa semua pemain terutama barisan serangan skuad Harimau Malaya dalam usaha memburu gol sehingga wisel penamat. Sebagai contoh, Syafiq Ahmad, pemain tengah yang kerapkali turun naik akhirnya telah berjaya menjaringkan gol penyamaan kedua hasil tandukannya yang kemas.

-Kebijaksanaan Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe dan pasukan kejurulatihan yang cepat membaca tempo dan taktikal pihak lawan juga kemampuan pemain telah segera membawa masuk Muhamadou Sumareh dimana dia berjaya menjaringkan gol penyamaan pertama dan gol kemenangan skuad Harimau Malaya.

-Walaupun tampak sedikit gugup dan goyah pada separuh masa pertama, barisan pertahanan skuad Harimau Malaya juga berjaya tampil memperbaiki permainan dan persefahaman di separuh masa kedua. Tahniah Kapten Farizal Marlias, Shahrul Saad, Adam Norazlin dan rakan-rakan yang telah berjaya menidakkan sebarang gol buat Indonesia di separuh masa kedua permainan.

Di kesempatan ini juga ingin kami gunakan untuk menyeru seluruh penyokong Harimau Malaya untuk tampil dengan akhlak yang baik saat kita sebagai Tuan Rumah melayan penyokong pasukan pelawat nanti. Ketinggian akhlak kita cerminan ketinggian mentaliti rakyat berkelas tinggi dunia. Contohilah akhlak dan kebesaran jiwa Baginda Rasulullah SAW. Semoga ukhuwah Islamiyah kita akan terus subur. Insya Allah.

Semoga langkah kanan skuad Harimau Malaya ini dapat menjadi bekal semangat berterusan bagi terus memperagakan aksi yang terbaik memenangi perlawanan menentang UAE pada 10 September 2019 nanti dan juga perlawanan-perlawanan yang seterusnya.

Sekali lagi, tahniah Harimau Malaya. Anda kebanggaan rakyat Malaysia.

Kredit : MuftiKL


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here