Nasi Arab di Wadi Hadramawt Restaurant

0
351
views

Nasi Arab di Wadi Hadramawt Restaurant. Restoran Arab yang terletak di 226 Jalan Ampang Kuala Lumpur merupakan antara lokasi pilihan ramai untuk mencuba menu masakan arab yang mana telah saya kunjungi sabtu lepas bersama keluarga seramai 8 orang selepas pulang dari kerja shift pagi.

Wadi Hadramawt Restaurant

Nasi Arab di Wadi Hadramawt Restaurant

Restoran Arab Wadi Hadramawt yang terletak bersebelahan jalan utama lampu trafik jalan ampang ke kampung pandan antara sebab restoran ini mudah dijumpai selain masakan yang enak dan menarik untuk dicuba seisi keluarga. Kitaorang sempat mencuba 3 menu daripada pelbagai menu yang disediakan. Tak larat nak makan banyak-banyak so kitaorang cuba mana yang biasa makan sahaja. 1 nasi arab ayam 1 nasi arab daging dan 2 lagi mix daging..

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



mula-mula tengok menu memang berpusing juga mata sekali menu bahasa arab nasib baik ada translate english kalu tidak jenuh juga nak order. Bahasa English pun berbelit nak order bila nak order terbelit lidah sebut sekali dia punya pelanggan boleh cakap bahasa melayu.

akak ipar : laaa.. kenapa tak bagitau boleh cakap melayu

kitaorang pakat gelak kat akak ipar sebab berbelit nak order alih-alih order dalam bahasa melayu saja.. hehehe

memang berbeza dengan masakan melayu nasi, ayam dan daging semunya lembut-lembut belaka rasa macam tak cukup ja lauk nak ratah. Alhamdulillah 2 pinggan besar ni licin habis dimakan oleh kitaorang.

bila dikira dengan 8 orang makan alhamdulillah harganya pun boleh tahan untuk restoran arab. Lepas ini insyallah boleh ajak rakan-rakan untuk makan kat tempat ni.

nasi arab

tengok ayam dia punya posing pun seksi tak macam ayam stress. Lagi terliur adalah bila tengok ayam tu posing.


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here