nasi ayam shah alam

nasi ayam shah alam

Nasi Ayam Sejuk di Shah Alam – minggu lepas pelan untuk bercuti dengan family di selayang mandi air panas sekali dengan akak ipar then tetiba hari hujan lebat makanya plan untuk mandi air panas terbantut so ayah tukar ke plan nombor 2 kita pergi makan nasi ayam shah alam katanya..




BACA LEBIH 200+ KOLEKSI CERITA/GAMBAR LAWAK

dah lama ayah pelan untuk makan nasi ayam di shah alam tapi setiap kali mesti ada hal lain yang membuatkan pelan asal terpaksa ditunda.. dan minggu lepas akhirnya pelan makan nasi ayam di shah alam tertunai juga… Hujan lebat dengan ketiadaan payung didalam kereta kerana kasi jiran pinjam membuatkan kitaorang terperangkap dalam kereta selama dekat 20 minit menanti hujan renyai membolehkan kitaorang berlari masuk kedai makan..

tak tunggu lama bila dah duduk ja terus order nasi ayam untuk 5 orang makan.. dalam beberapa minit terus nasi ayam sampai lagi laju dari minuman.. agak pelik.. tapi mungkin services dia laju (konon.). habis baca doa terus terkam nasi.. alamakk.. pehal nasi sejuk ni.. dah la hujan nasi pulak sejuk.. adeyy.. potong betoi bila makan nasi sejuk time hari hujan.. datang jauh dari ampang ke shah alam dapat nasi sejuk..

dengan sup dan ayam suam-suam memang potong selera.. dari niat nak tambah terus tak jadi.. rasa macam menyesal pun ada datang kat situ.. walaupun ayam dan sup boleh tahan sedap.. tapi kalu nasi sejuk terus terbantut selera..

Ingatkan datang nak terus promote kat blog tapi disebabkan nasi sejuk terus terbantut niat nak promosi..

Antara yang MENARIK...