Nasi Lemak RM 12 – Pernah tak makan kat kedai mana-mana dengan menu yang sama tapi harga yang berbeza setiap kali datang harga akan berubah.. bukan disebabkan harga barang dan bukan juga disebabkan orang yang berbeza tapi disebabkan mood pekerja yang mengira barangkali.




BACA KISAH BENAR ISTERI CURANG
MISTERI PENGALAMAN PEMANDU VAN JENAZAH

semalam lepas balik kerja singgah di kedai nasi lemak seperti biasa dengan menu yang biasa tapi harganya agak berbeza selalunya order 3 nasi lemak berlauk sotong, ayam, kerang baru RM 12 tapi semalam order 2 nasi lemak. 1 berlauk kerang dan satu berlauk sotong dan ayam dah RM 12 ringgit. Sebenarnya bukan nak cerita sangat pasal nasi lemak ni.. tapi..

pasti korang ingat satu nasi lemak berharga RM 12 kan ? saja letak tajuk begini sebab orang kita suka baca tajuk dari baca cerita dan terus komen kalu tak percaya tengok di facebook penuh komen di fanpage berita harian or berita semasa hanya dengan membaca tajuk. Tajuk sebenarnya penarik cerita yang ingin diceritakan sebaliknya isi cerita kadang-kadang berbeza dan tak seperti yang kita gambarkan. Oleh itu baca dahulu cerita yang ingin disampaikan sebelum komen untuk tidak menampakkan kebodohan kita dalam ber komen.

Sekiranya malas nak baca cerita tak perlu komen jangan tunjukkan kemalasan anda dengan komen berdasarkan tajuk cerita. Itu satu tindakan tidak bijak dan memberi peluang orang lain maki dan mengutuk anda.