puasa

puasa

Puasa bermaksud menahan diri daripada makan. minum dan perkara- perkara yang boleh membatalkannya , bermula dari terbit fajar sadiq ( masuk waktu subuh ) sehinggalah terbenam matahari ( masuk waktu maghrib ).

terdapat pelbagai jenis puasa yang ada samada wajib mahupun sunat.. so kat sini admin nak kongsikan niat-niat puasa kebanyakannya sunat bagi mereka-mereka yang terlupa..

Lafaz Niat Puasa Nazar
“sahaja aku berpuasa nazar esok hari kerana Allah swt.”

Lafaz niat puasa bulan ramadhan
“Sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan ramadhan tahun ini kerana Allah.”




BACA KISAH BENAR ISTERI CURANG
MISTERI PENGALAMAN PEMANDU VAN JENAZAH

Lafaz niat puasa enam di bulan syawal
” Sahaja aku berpuasa sunat syawal kerana Allah Ta’ala”

Lafaz Niat Puasa Sunat Bulan Rejab
“Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dibulan ini (rejab) kerana Allah Ta’ala”.

Lafaz Niat puasa sunat
“Sahaja aku puasa sunat esok hari kerana Allah S.W.T.”

Puasa sunat terbahagi kepada:
1- Puasa sunat Isnin dan Khamis
2- Puasa sunat di awal, tengah dan akhir setiap bulan.
3- Puasa 1 – 9 Zulhijjah.
4- Puasa pada 10 Muharram.
5- Puasa sunat di bulan Rejab dan sya’ban

Lafaz Niat puasa ganti/qadha
” Sahaja aku qadha’ puasa Ramadhan esok hari kerana Allah SWT.”

Lafaz Niat Puasa Hari Arafah
“Sahaja aku berpuasa sunat Arafah esok hari kerana Allah Taala”