Nikmat Tuhan Mana Yang Kamu Dustakan ? Allah beri kenikmatan sepanjang hidup kita hingga kini..tetapi bila diberi kesakitan sedikit, kita mengeluh. kita kata ” mengapa Allah beri sakit kepada aku?”. Sedang sakit itu penebus dosa.

Nikmat Tuhan yang mana yang kamu dustakan?

allahAllah beri kita kebahagian bertahun-tahun lama, tetapi apabila Allah timpakan musibah, kita kata ” ada apa dengan musibah ini ya Allah. Sedang musibah itu adalah ujian. Allah sedang uji iman kita.




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

Maka, Nikmat Tuhan yang mana satu yang kamu dustakan?

Pernahkah kita melihat api dunia, kita terbayangkan dahsyatnya api neraka?

Pernahkah kita terbau wangian, kita teringatkan harumnya syurga?

Pernahkah kita sakit, kita teringatkan azabnya seksa neraka?

Pernahkah sewaktu kita rasa bahagia, kita terfikirkan bahagianya syurga?

Pernah jugakah kita rasa kenderaan yang kita naiki ke masjid itu akan menjadi saksi kita di sana?

dan tempat sujud kita yang berubah di sudut masjid, di dalam bilik tidur, di surau-surau itu akan menjadi saksi sujud kita pada Maha Pencipta?

Notakaki : Apa kita lakukan di dunia, yang akan menentukan nasib kita. Syurga atau Neraka. Jika sekali pun kita tak pernah merasa begini, nyata kita lupa … selepas ruh dicabut kita akan ke mana.