Panduan Cara Daftar Online iSinar KWSP

0
594
views

Panduan Daftar Online iSinar KWSP. i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup kepada 8 juta ahlinya yang layak bagi memohon yang bermula pada 21 disember 2020.

Panduan Cara Daftar Online iSinar KWSP

kwsp isinar

 i-Sinar merupakan kemudahan tambahan kepada program bantuan Kerajaan lain dan juga inisiatif-inisiatif lain yang diperkenalkan KWSP ketika pandemik ini, seperti pengurangan kadar berkanun syer pekerja, pengeluaran i-Lestari, dan juga Program Bantuan Majikan COVID-19 (e-CAP).

Anda boleh mula memohon pada 21 Disember 2020 Sekiranya anda tergolong dalam Kategori 1 dan bermula 11 Januari 2021 sekiranya anda yang tergolong dalam Kategori 2.

Kategori 1

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, dan:

  • Anda sudah lama tidak mencarum
  • Anda seorang suri rumah
  • Anda bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig
  • Anda hilang pekerjaan
  • Anda diberi cuti tanpa gaji
  • Anda hilang sumber pendapatan

Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:

  • Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
  • Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.

Kategori 2


✔ SUPPORT KAMI !! LIKE PAGE KAMI ✔



Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.

Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
  • Dokumen sokongan lain yang berkaitan seperti penyata bank.

NOTA : Apakah perkara penting yang perlu saya lakukan sebelum memohon i-Sinar?

  1. Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
  2. Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:
  • Masih aktif
  • Milik anda
  • Bukan akaun bersama

Panduan Permohonan Online iSinar KWSP

  1. Permohonan i-Sinar hanya secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my
  1. Isikan Nombor Mykad/MyPR dan nombor telefon bimbit.
  2. Tekan TERUSKAN.
  3. Isikan Nombor OTP yang diterima melalui SMMS dan tekan sahkan atau Jawab soalan keselamatan untuk pengesahan.
  4. Tetapkan Amaun Pilihan.
  5. Tetapkan bayaran bulan pertama dan tekan teruskan.
  6. Lengkapkan maklummat pemohon yang wajib diisi.
  7. Lengkapkan maklumat pembayaran dan tekan teruskan.
  8. Semak Maklumat permohonandan maklumat pembayaran dan tanda “✔” sebelum tekan hantar.
  9. Permohonan anda diterima dan akan diproses.

Bila dan bagaimanakah pembayaran i-Sinar saya akan dibuat ?

  1. Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.
  2. Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
  3. Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
  4. Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.

Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here