jata negara

jata negara

Pekerja Sambilan Harian di Jabatan Perdana Menteri – Jabatan Perdana Menteri mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH).

Kelayakan Akademik Pemohon
Pemohon yang telah menamatkan pengajian pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda
dalam bidang Kewangan, E-Kesetiausahaan, Kesetiausahaan, Komunikasi,
Pengurusan dan Teknologi Pejabat, Perakaunan, Sains Komputer, Teknologi
Maklumat adalah diutamakan untuk memohon. Manakala bagi lain-lain bidang
adalah digalakkan.

Tempoh Perkhidmatan
Tempoh minimum perkhidmatan yang ditawarkan adalah tidak melebihi tiga (3)
bulan.

Penempatan
Penempatan tempat bertugas di Bahagian/Seksyen/Unit di Jabatan Perdana
Menteri, Putrajaya.

Kadar Upah
PSH layak menerima kadar upah berdasarkan kelayakan akademik yang
bersesuaian dengan jenis tugas yang akan dilaksanakan. Kadar upah adalah
seperti berikut:-




BACA KISAH BENAR ISTERI CURANG
MISTERI PENGALAMAN PEMANDU VAN JENAZAH

pekerja sambilan harian

pekerja sambilan harian

Prosedur Permohonan
Pemohon boleh mengemukakan permohonan yang lengkap secara pos atau
melalui emel bagi tujuan rekod dan semakan, dokumen yang diperlukan seperti
berikut:-

 Resume terkini beserta gambar passport;
 Salinan Kad Pengenalan;
 Salinan Sijil Tamat Persekolahan/Pengajian;
 Salinan Sijil Akademik; dan
 Sijil-sijil yang berkaitan.

Pegawai untuk dihubungi dan Alamat Pejabat

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai Unit Pengambilan seperti berikut:-

Nama Pegawai : Puan Nur Sakinah binti Sulaiman
No. Telefon : 03-8872 1857
Emel : [email protected]

Nama Pegawai : Encik Azrin Shah bin Sulaiman Shah
No. Telefon : 03-8872 1859
Emel : [email protected]

Permohonan boleh dihantar secara pos ke alamat berikut:-

Setiausaha Bahagian
Bahagian Inovasi dan Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Perdana Menteri
Aras 3, Blok B8, Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Pengambilan)

Antara yang MENARIK...