Pemilik Rumah Sewa Cekik Darah

hantu

Pemilik Rumah Sewa Cekik Darah – bermula dari awal bulan disember kawan mintak tolong untuk carikan rumah sewa kerana rumah sewa lamanya telah dijual kepada saudara mara pemilik rumah dan beliau terpaksa pindah sebelum tahun baru.

makanya aku pun cari la banyak nombor pemilik rumah sewa untuk member lama aku ni.. memang tak dinafikan harga rumah sewa sekarang memang mahal lagi-lagi dekat dengan KUALA LUMPUR tapi tak semestinya anda kena mencekik darah penyewa.

satu pemilik rumah sewa ni mintak sewa RM800 sebulan tapi deposit 3+1 makanya RM3200 untuk start masuk rumah sewa tuh.. belum campur lagi utiliti dan macam² kos lain lagi.. perghh.. flat je pun.. sabor jela..

takpalah mahal sangat takjadi so carilah rumah sewa lain.. dapat 1 lagi.. murah gak la.. rm650 dan starting 2+1 skali dengan deposit. utiliti + RM100 ok la.. then 2hari kemudian dia call cakap ada aircond situ kena + rm300 utk aircond.. aku cakap la kat kawan takpa la.. aircond rm300 bukan bayar bulan² pun..

sehari sebelum sain perjanjian dia call lagi.. then dia cakap dah buat perjanjian penyewa kena bayar RM250 untuk perjanjian tersebut.. aku macam tak puas hati so tanya la kat member tempat kerja.. perjanjian sewa rumah pun kena bayar ke ? kawan cakap dia buat sendiri je mati stem je bayar itu pun RM30 je.. so kenapa kawan aku kena bayar sampai RM250 untuk perjanjian yang pemilik rumah tu buat ?

so cakap kat kawan cari jela rumah lain.. kalu dah setiap masa dia call ada ++ RM nanti dah menyewa macam² dia tambah lagi..

so kepada rakan² yang mencari rumah sewa pastikan anda jelas dengan bayaran sewa sebelum dan selepas masuk rumah sewa tersebut.. pastikan anda tidak terkena dengan bayaran sampingan.. pastikan anda jelas dengan perjanjian sewa rumah tersebut..

Untuk mereka yang Gemar Aiskrim LIHAT DISINI
NEW - Menangi sebuah Mazda dan tablet Samsung LIHAT DISINI
Bantu Kami dengan LIKE Fanpage
Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen, kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini. Sila dapatkan nasihat pakar bertauliah dan berpengetahuan untuk tips dan info berkaitan.

Sebarang Pertanyaan, Pengiklanan, Review Produk dan lain-lain boleh email ke abgferoz@yahoo.com

3 thoughts on “Pemilik Rumah Sewa Cekik Darah

  1. Mak aiiii….gila cekik darah betul nih ! Hishhh bahaya, klw xtau pape, mmg senang2 je lah kena tipu, hadoi~

  2. Mahalnya. Ni mmg cekik darah btl. Mana da kena bayar byk tu. Klu solehah paling mahal pn kna RM50 je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>