jam

jam

Penambahan 1 saat kepada Waktu Antarabangsa – KUALA LUMPUR 29 Jun – Dunia akan mengalami tempoh masa lebih satu saat berikutan penyeragaman waktu antarabangsa dengan putaran bumi mengelilingi orbit, esok.

Pegawai Sains Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Mohd. Zamri Shah Mastor berkata, waktu antarabangsa (UTC) akan ditambah satu saat bertujuan menyeragamkan masa dengan putaran bumi yang mengalami putaran sedikit perlahan.

“Waktu antarabangsa sudah tidak lagi selari dengan putaran bumi dan ekoran daripada kejadian ini, pada pukul 12 tengah malam esok, waktu akan ditambah seba­nyak satu saat seterusnya melewatkan hari pada 1 Julai selama sesaat.




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

“Seluruh dunia akan mengalami fenomena ini yang telah banyak kali terjadi dan sejak tahun 1972 seba­nyak 25 kali penambahan satu saat telah dilaksanakan bagi pembetulan ke atas waktu antarabangsa dunia,” katanya kepada pemberita selepas selesai program ANGKASATalk bertajuk ‘Kupasan Galaksi Nukleus Aktif’ di Planetarium Negara di sini hari ini.

Mengikut kalendar Gregorian yang bermula pada 1 Januari dan ber­akhir pada 31 Disember, satu tahun akan mempunyai 365 hari, 8,760 jam, 525,600 minit dan 3,153,600 saat.

Penambahan waktu antarabangsa pada tengah malam 30 Jun akan menjadikan detik waktu 12.59.60 te­ngah malam berlaku dan tidak seperti kebiasaan, yang hanya akan bergerak ke detik 12.59.59 sebelum kembali ke penetapan semula kepada kosong.

Menurut Mohd. Zamri Shah, penambahan satu saat mungkin tidak terkesan kepada kehidupan seharian orang ramai, namun kepada sistem pengkomputeran, kemungkinan akan mengalami sedikit gangguan berikutan peristiwa itu.

Katanya, sebelum ini pernah berlaku peristiwa penolakan satu saat dan perkara sedemikian berlaku kerana putaran bumi bergerak pantas ekoran gegaran gempa bumi dan pelbagai lagi faktor yang boleh mempengaruhi putarannya.

Sumber : Utusan

Penambahan 1 saat kepada waktu antarabangsa akan berlaku pada 30 Jun 2015 jam 23:59:59 tengah malam waktu UTC bersamaan dengan Rabu, 1 Julai, jam 07:59:59 pagi di Malaysia.
Untuk bersama-sama menyaksikan pertambahan masa ini,

anda boleh ke laman portal berikut: http://time.is/leapsecond/GMT