Pendaftaran MySalam Online Skim Perlindungan Kesihatan B40

0
259
views

Semakan Status Permohonan. Pendaftaran MySalam Online Skim Perlindungan Kesihatan B40. Apa itu mySalam? Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia.

Pendaftaran MySalam Online Skim Perlindungan Kesihatan B40

mysalam skim perlindungan B40

Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia.

Kategori BSH- Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal dan hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.

Kategori Bukan BSH – Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan RM100,000 setahun dan kebawah. Pembayaran tunai RM4,000 dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal dan hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari .

Inisiatif ini menjadi realiti melalui kerjasama dengan syarikat insurans, Great Eastern Holdings yang telah menyumbang caruman dana permulaan sebanyak RM2 bilion ke dalam dana amanah mySalam. Kerjasama ini merupakan contoh model Kerjasama Awam Swasta (Public Private Partnership) yang tulen, ke arah membina rangkaian perlindungan sosial yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Sebagai permulaan, Skim ini akan ditawarkan melalui Great Eastern Takaful Berhad, pengendali takaful yang didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Mereka yang layak akan dimaklumkan melalui SMS di mana mereka dilindungi di bawah Skim ini.

Perlindungan mySalam untuk golongan B40 telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2019. Perluasan perlindungan mySalam berkuatkuasa 1 Januari 2020. Penerima-penerima M40 yang layak boleh mendaftar bermula daripada 11 Februari hingga 31 Mac 2020.

Mereka yang dimasukkan wad disebabkan oleh virus Covid-19 boleh menuntut elaun hospital sebanyak RM50 sehari sehingga 14 hari setahun.

Komplikasi yang berpunca daripada virus Covid-19 yang mengakibatkan salah satu daripada 45 jenis Penyakit Kritikal tersenarai boleh membuat tuntutan di bawah manfaat Penyakit Kritikal.

Anda juga boleh memohon bantuan peralatan perubatan PeKa B40 sekiranya anda memerlukan bantuan untuk membeli barang atau alatan perubatan.

Bagi penerima manfaat mySalam, maklumat lanjut seperti kelayakan Skim, butiran manfaat, manfaat kelayakan, status tuntutan, senarai hospital dan lain-lain boleh diakses melalui portal atas talian www.mysalam.com.my dengan melog masuk menggunakan No. Kad Pengenalan anda dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).

Anda juga boleh e-mel kami di [email protected] atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here