Pengalaman Sukarelawan SEAGames KL2017 di KLIA. Alhamdulillah berkesempatan untuk menamatkan sukarelawan SEAGames KL2017 yang mana jarang-jarang kali kita Malaysia sebagai penganjur dan tuan rumah untuk sukan sea. SEAGames diadakan setiap 2 tahun sekali dan 2017 merupakan tahun kita JUARA.

Pengalaman Sukarelawan SEAGames KL2017 di KLIA

kliaTugas aku cukup mudah hanya membantu para atlit, coach, teknikal, medik dan segala yang datang untuk sukan sea dari saat mereka turun flight sehingga melepasi pintu Malaysia dengan mudah dan teratur seterusnya diserahkan ke bahagian pengangkutan untuk penghantaran mereka ke hotel.

Rasanya ini kali kedua aku ke klia dan kali pertama jejak kaki ke klia sewaktu hantar jiran untuk pergi menunaikan haji satu ketika dahulu yang sudah lebih daripada 5 tahun. Secara jujurnya aku seorang yang gayat dan belum pernah lagi terbang keudara.

atlit thailandPengalaman paling best bila korang boleh jumpa semua atlit dari semua negara yang terlibat dan gambar diatas merupakan atlit bola keranjang thailand (kalau tak silap) katanya tinggi lebih 200cm. Selalunya aku perli orang pendek tapi kali ni terpaksa aku mengaku yang aku ni pendek.

Aku juga sempat beramah mesra dan bergambar dengan coach team futsal perempuan dari indonesia. Beliau mengatakan mukaku sama dengan safee sali. Ternyata safee sali ada kembar hehe.. ini merupakan kali ketiga ditegur muka sama macam safee sali.




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

gajah mengamukantara yang menarik minat aku.. terjumpa gajah ni berhadapan dengan eskalator yang mana mungkin ada orang yang tercicir lalu ada yang angkat dan letakkan di atas palang ini. Tak sampai 5 minit bila datang nak tengok gajah ni dah hilang. Mungkin tuannya dah sedar gajah peliharannya sesat hehehe..

lompat di kliaKalau nak diceritakan banyak kisah-kisah menarik terutamanya melibatkan atlit dari luar negara termasuklah mereka yang bukannya atlit yang menganggap kami ini pekerja klia. Banyak berjumpa pelbagai jenis orang dan pelbagai karenah sedikit sebanyak dapat menimba pengalaman dan memperbaiki english aku.

Rasanya dah hampir 1 klia aku pusing dan kacau orang termasuklah pramugari yang lalu lalang sepanjang aku di klia hehehe (buat muka gatai). Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan team kitaorang banyak terima pujian daripada coach, team manager dan atlit dari luar negara diatas layanan yang baik terhadap mereka.

Walaupun dah berakhir dengan kemenangan 145 Emas melebihi target 111 Emas misi kitaorang belum habis lagi minggu depan akan sambung pula dengan ParaGames yang akan berlangsung pada minggu hadapan dengan kemasukan atlit-atlit paragames pula.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih