sukarelawan polis

sukarelawan polis

PENGAMBILAN INSPEKTOR DAN KONSTABEL SUKARELAWAN SIMPANAN POLIS SIRI 1/2015:

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan eksesais pengambilan Inspektor dan Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bermula dari 9 Februari hingga 13 Februari 2015.

SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

1. Warganegara Malaysia
2.Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh temuduga.

KELAYAKAN:

1. Jawatan Inspektor : Dari kalangan Inspektor Kor SUKSIS yang ditauliah sahaja.
2. Jawatan Konstabel : Minima lulus SRP/PMR atau setaraf dengannya.
3. Mendapat kelulusan dan kebenaran dari Ketua Jabatan/ Majikan untuk berkhidmat sebagai Sukarelawan Simpanan Polis.
4. Bersih dari sebarang Rekod Jenayah/Rekod Cawangan Khas
5. Tidak menjadi ahli anggota lain-lain badan beruniform yang boleh dikerah tenaga didalam keadaan darurat.
6. Pekerja-pekerja dari kumpulan Key Personal seperti Hospital /TNB (breakdown)/Telekom (teach) , Pegawai Keselamatan/ Jaga yang bertugas dengan Kerajaan/Badan Berkanun tidak layak memohon.
7. Sila sertakan 1 salinan kad pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Akademik dan Sijil Berhenti Sekolah/Tamat Sekolah
8. Perkhidmatan Sukarelawan Simpanan Polis adalah tertakluk kepada jadual perintah/peraturan/kaedah PVR Regulations 1956, Akta Polis 1967 (Akta 344) dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian A 502.

KELAYAKAN FIZIKAL

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

1. Tinggi sekurang-kurangnya Lelaki :162cm, Wanita : 152cm
2. Berat badan sekurang-kurangnya Lelaki : 50 kg, Wanita : 48 kg
3. Mempunyai penglihatan yang baik;
4. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. DAN;
5. Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.

CARA MEMOHON

Eksesais pengambilan akan dijalankan secara walk-in interview bermula pada 09/02/2015 hingga 13/02/2015 bermula jam 7.00 pagi. Untuk pemeriksaan dan ujian kecergasan fizikal, calon lelaki dikehendaki membawa bersama seluar pendek dan kasut sukan manakala calon wanita bawa seluar track bottom dan t-shirt. Senarai Pusat-pusat Walk-in Interview adalah seperti berikut:

KUALA LUMPUR

Tel : 03-21460522
Tarikh : 9 -13 Februari 2015
Tempat :
• IPK Kuala Lumpur
• Dewan Integriti, Tingkat 7, IPD Sentul




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

SELANGOR

Tel : 03-55145222
Tarikh : 9 -13 Februari 2015
Tempat :
• Mes Pegawai Kanan, IPK Selangor
• Dewan Anggerik, IPD Sepang
• Dewan Utama, IPD Ampang Jaya

PULAU PINANG

Tel : 04-2221522
Tarikh dan pusat temuduga akan dimaklumkan

JOHOR

Tel : 07-2254222
Tarikh dan pusat temuduga akan dimaklumkan

KEDAH
Tel : 04-4299222
• 9 -10 Februari 2015 – SLAK Anak Bukit,Alor Setar
• 11 -13 Februari 2015 – SLAK Kuala Muda, Sungai Petani

PERAK

Tel : 05-2451222
1) 9 Februari 2015
• Bilik Maklumat Balai Polis Bagan Serai, IPD Kerian
• Dewan Bunga Tanjung, IPD Tg.Malim
• Bilik Mesyuarat, IPD Pengkalan Hulu
2) 9 – 10 Februari 2015
• Rumah PERKEP, IPD Manjung
3) 10 Februari 2015
• Bilik Gerakan Cawangan Khas, IPD Gerik
• Bilik Gerakan, IPD Kuala Kangsar
4) 10 – 11 Februari 2015
• Bilik Mesyuarat StaRT, IPD Hilir Perak
5) 11 Februari 2015
• Kelab Polis, IPD Perak Tengah
• Bilik Latihan Dalam Perkhidmatan, IPD Selama
6) 12 Februari 2015
• Mes Pegawai Kanan, IPD Batu Gajah
• Rumah PERKEP, IPD Kampar
7) 12 – 13 Februari 2015
• Kompleks Latihan/Sukan, IPK Perak
• Bilik Hemodialisis, IPD Taiping
8) 13 Februari 2015
• Pejabat Sukarelawan Simpanan Polis, IPD Sg. Siput
• Kompleks Perumahan, IPD Tapah

SABAH

Tel : 088-450222
1) 9 – 10 Februari 2015
• Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu
• Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau
• Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan
2) 12 – 13 Februari 2015
• Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran
• Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort
• Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu
3) 15 – 16 Februari 2015
• Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat
• Ibu Pejabat Polis Daerah Labuan
• Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau

SARAWAK

Tel : 082-245522
Tarikh dan pusat temuduga akan dimaklumkan

TERENGGANU

Tel : 09-6354735, 09-8592222, 09-8482222, 09-6098222, 09-6956222, 09-6098222
13 Februari 2015
• Dewan Redang, IPK Terengganu
• Rumah Kelab, IPD Kemaman
• Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun
• Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu
• Ibu Pejabat Polis Daerah Besut
• Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu

MELAKA

Tel : 06-2854222
9 -13 Februari 2015
• Dewan Serbaguna, IPK Melaka

KELANTAN

Tel : 09-7455622
Tarikh dan pusat temuduga akan dimaklumkan

NEGERI SEMBILAN

Tel : 06-4842222
Tarikh dan pusat temuduga akan dimaklumkan

PERLIS

Tel : 04-9082222
9 -13 Februari 2015
• Kompleks Latihan Pdrm Kuala Perlis
• Balai Polis Kuala Perlis

Sumber : Fanpage Polis Diraja Malaysia

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih