Pengumuman Dividen KWSP Bagi Tahun 2019

0
526
views

Pengumuman Dividen KWSP Bagi Tahun 2019. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengisytiharkan kadar dividen 5.00% untuk Simpanan Shariah 2019, dengan agihan sebanyak RM4.14 bilion. Berdasarkan Akta KWSP 1991, KWSP perlu membayar dividen untuk Simpanan Shariah pada sebarang kadar, bergantung kepada prestasi pelaburan.

Pengumuman Dividen KWSP Bagi Tahun 2019

dividen kwsp syariah

“Simpanan Shariah dilancarkan pada Ogos 2016 atas permintaan tinggi segelintir ahli yang mengkehendaki simpanan mereka diurus dan dilabur berdasarkan prinsip syariah,” kata Ketua Pegawai KWSP Alizakri Alias. 

KWSP juga turut mengisytiharkan dividen sebanyak 5.45% dengan jumlah agihan sebanyak RM41.68 bilion untuk Simpanan Konvensional.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Dengan ini, KWSP telah memberikan 2.95% melebihi kadar yang dimandatkan di bawah Akta KWSP 1991, yang memerlukanpengisytiharan dividen nominal sekurang-kurangnya 2.5% setiap tahun. Di samping itu, dividen purata tiga tahun KWSP untuk Simpanan Konvensional selepas penyelarasan inflasi, adalah 4.33%, iaitu 2.33% melebihi sasaran tiga tahun KWSP sebanyak 2.00%.

Jumlah keseluruhan aset KWSP meningkat kepada RM924.75 bilion berikutan peningkatan keahlian sebanyak 2.8% kepada 14.6 juta, manakala jumlah majikan berdaftar meningkat 3% kepada 522,300. Terdapat juga peningkatan 24.6% pelanggan i-Akaun kepada 7.6 juta.

Tahun 2019 juga menyaksikan KWSP meningkatkan pelbagai penambahbaikan kepada ahlinya. Pelancaran i-Invest pada bulan Ogos 2019 telah membantu ahli membuat keputusan bermaklumat dalam pelaburan unit amanah, yang menyaksikan lebih 10,000 ahli membuat transaksi bernilai RM81.8 juta.

Bilangan ahli yang menggunakan Khidmat Nasihat Persaraan juga terus berkembang sejak penubuhannya pada 2014, dan telah memberi manfaat kepada lebih 83,000 ahli. Di samping itu, jumlah pendaftaran i-Saraan meningkat kepada 137,000 manakala pendaftaran untuk i-Suri meningkat kepada 88,500, menandakan pertumbuhan kukuh bagi kedua-dua produk.

Pengumuman Dividen KWSP Bagi Tahun 2019
Simpanan Konvensional – 5.45%
Simpanan Shariah – 5.00%

kredit : KWSP


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here