Peningkatan Kes 869 Dengan Sabah, Penang dan Selangor Antara Tertinggi

0
2
views

Peningkatan Kes 869 Dengan Sabah, Penang dan Selangor Antara Tertinggi. Sehingga 17 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 869 kes baharu telah dilaporkan, di mana kesemuanya adalah kes jangkitan tempatan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 19,627 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 6,886 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Peningkatan Kes 869 Dengan Sabah, Penang dan Selangor Antara Tertinggi

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Jika dilihat pecahan utama jumlah kes hari ini, Negeri Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 451 kes (51.9 peratus). Manakala, negeri-negeri di Lembah Klang pula merangkumi 20.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, iaitu Negeri Selangor mencatat 159 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 15 kes dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dua (2) kes. Kesemua negeri-negeri ini adalah dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Secara keseluruhan, sebanyak 224 kes (25.8 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Tembok, Kluster Penjara Reman dan Kluster Penjara Seberang Perai. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara dan tidak menjangkiti masyarakat.

Daripada 869 kes penularan di dalam negara, 745 kes adalah warganegara Malaysia dan 124 kes adalah bukan warganegara.
Daripada jumlah keseluruhan kes hari ini, empat (4) kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, yang menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 441 kes.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
• Sabah: 451 kes
o 234 kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
o 54 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
o Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Teduh; dan
o 161 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

• Pulau Pinang: 189 kes
o 186 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
o Tiga (3) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

• Selangor: 159 kes
o 89 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
o 23 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Keladi;
o 23 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
o Lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Menara;
o Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
o 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

• Kedah: 38 kes
o 37 daripada Kluster Tembok; dan
o Satu (1) kes daripada Kluster Bah Lunas.

• Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 15 kes
o Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
o Empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sentral;
o Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Menara; dan
o Satu (1) kes saringan bergejala.
• Sarawak: Empat (4) kes daripada Kluster Bah Arnab.

• Perak: Empat (4) kes
o Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
o Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Menara; dan
o Satu (1) kes saringan di Depoh Tahanan Imigresen.

Terengganu: Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Bemban.

• Johor: Dua (2) kes
o Satu (1) kes daripada Kluster Buntar; dan
o Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
• Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes
o Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Menara; dan
o Satu (1) kes daripada Kluster Buntar.

• Negeri Sembilan: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

• Melaka: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Terdapat 91 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di ICU, di mana 30 kes memerlukan bantuan pernafasan. Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan empat (4) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 180 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here