Kartun Muslimah

Kartun Muslimah

Memang sejuk mata memandang bila ternampak perempuan cantik, ITU LELAKI tapi secantik mana pun rupa paras seseorang perempuan itu tidak berguna sekiranya tidak dapat menandingi seseorang yang cantik HATInya..

Nak dijadikan cerita semalam aku menaiki LRT untuk menuju ke suatu destinasi dalam perjalanan menuju destinasi aku duduk berhadapan dengan seorang gadis yang cukup manis dan bertudung litup.. sejuk mata memandang sehinggalah sampai di satu stesyen seorang lelaki cina tua dengan pakaian agak comot dan mungkin berbau duduk di sebelah gadis tersebut dan gadis itu terus bangun secara gopoh dan macam berlari dari tempat duduknya berdiri di depan pintu.




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

Semua orang yang berada disitu melihat uncle tadi. Aku jadi serba salah dengan tingkah laku gadis itu sedangkan aku tidak berbuat apa-apa.. uncle itu memandang aku dan aku hanya mampu melemparkan senyuman padanya dan uncle tadi membalas senyuman aku.. tapi mungkin dalam keadaan yang agak malu kerana senyumannya nampak dibuat-buat.. seorang lagi gadis yang berada disebelah gadis tadi turut memandang aku.. aku hanya mampu senyum mengangguk agar dia tidak bangun mengikut jejak langkah gadis yang sorang tadi.. dan ternyata dia senyum kembali tanda faham dan tidak kesah.

bayangkan sekiranya itu adalah ayah atau keluarga kita apa perasaan kita bila orang lain buat begitu pada mereka ? sedangkan kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku pada uncle tersebut..

sekiranya ingin mengelak juga aku rasa tak salah kita biar dia duduk seminit dua sebelum bangun dan keluar di stesyen berikutnya dan masuk kembali di gerabak lain agar tidak menyakitkan hati sesiapa.