Perlukan Sumbangan Sleeping Bag Untuk Syria

0
3
views
Sleeping Bag Untuk Syria
Sleeping Bag Untuk Syria

Perlukan Sumbangan Sleeping Bag Untuk Syria.  Pertubuhan Belia Anak Tanjung dan Malaysian Gold Award Association (MAGAA) dengan kerjasama Malaysia Life Line For Syria telah melancarkan Kempen Sumbangan Sleeping Bag untuk Misi Bantuan Kemanusiaan Musim Sejuk Syria yg akan datang. Sebanyak 500 pcs diperlukan untuk misi kali ini..




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

Justeru itu kami ingin mengajak kepada sesiapa yang mahu menyumbangkan sleeping bag, boleh berurusan dengan Saudara Aizad Juraimi (MAGAA) ditalian 011-15723349 atau boleh terus menghantar melalui pos sumbangan sleeping bag tersebut ke alamat seperti berikut:

Mohamad Aizad Bin Juraimi
Lot 3046,Jalan Ban Pakat,Blok D Kg Sawah Sempadan 45500 Tanjung Karang,Selangor Darul Ehsan

P/s: untuk pemilihan sleeping bag, sleeping bag yang sesuai dengan musim salji adalah digalakkan.. (Syria bermusim sejuk ekstrem)

Sekiranya tiada masa untuk membeli sleeping bag ataupun tidak tahu untuk memilih sleeping bag anda boleh msg 011-15723349 (Aizad) untuk wakil membeli bagi pihak anda.

Semoga dengan bantuan anda dapat mengurangkan kesengsaraan rakyat Syria yg semakin hari semakin dibantai dengan kejam

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya”.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here