Permohonan Baru dan Rayuan Bantuan Prihatin 2.0

0
316
views

Permohonan Baru dan Rayuan Bantuan Prihatin 2.0. Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 dengan peruntukan RM7 billion, BPN 2.0 bertujuan mengurangkan beban aliran tunai dan memberi kelegaan kewangan kepada isu rumah dan individu bujang daripada golongan B40 dan M40. 10.6 juta penerima BPN sebelum ini akan menerima BPN2.0 secara automatik.

Permohonan Baru dan Rayuan Bantuan Prihatin 2.0

Bantuan Prihatin 2.0

Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, atau KITA PRIHATIN telah diumumkan sebentar tadi oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia. Objektif utama insiatif tambahan ini adalah untuk mengurangkan beban Rakyat, membantu mengekalkan pekerjaan dan membantu perniagaan, terutamanya PKS.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Dengan peruntukan keseluruhan RM10 bilion, jumlah Pakej #KITAPRIHATIN akan disalurkan kepada Rakyat dan perniagaan melalui Geran Khas PRIHATIN, Program Subsidi Upah 2.0 dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0.

B40 Isi Rumah akan mendapat RM1,000, B40 Bujang akan mendapat RM500, M40 Isi Rumah mendapat RM600 dan M40 Bujang akan mendapat RM300.

Tempoh pembayaran bagi fasa 1 adalah bulan oktober 2020 dan fasa kedua dibayar pada Januari 2021.

Bagi mereka yang ingin memohon permohonan baru dan rayuan anda boleh berbuat demikian bermula pada 15 oktober sehingga 15 November 2020 di laman sesawang Bantuan Prihatin Nasional.


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here