Permohonan Online Kemasukan UPU 2020/2021

0
746
views

UPUOnline Permohonan Online Kemasukan UPU 2020/2021. Bagi mereka yang ingin memohon UPU sesi akademik 2020/2021 ke Universiti Awam, IPG KPM, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA permohonan akan mula dibuka pada 24 Februari 2020 jam 12:00 tengah hari.

Permohonan Online Kemasukan UPU 2020/2021

permohonan upuonline

Bagi pendaftaran permohonan UPUOnline pemohon boleh mula mendaftar bermula 21 oktober 2019 dan permohonan hanya perlu mengisi maklumat peribadi sahaja dan tiada pembelian No Unik ID diperlukan. Hanya Daftar, Login dan boleh semak program yang ditawarkan.

14 Tips Permohonan UPUOnline

  1. Pastikan kategori anda SPM/STPM/Matrikulasi/Diploma.
  2. Beli no unik. ID BSN berharga RM15.60 termasuk SST.
  3. Buka portal rasmi UPU di upu.moe.gov.my
  4. Semak kecenderungan anda di website UPUTag
  5. Sila semak syarat kelayakan AM/KHAS di e-panduan upuonline.
  6. Langkah seterusnya semak syarat e-Panduan dengan teliti.
  7. Isi permohonan ONLINE.
  8. Pastikan anda mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.
  9. Pilih 12 pilihan mengikut keutamaan.
  10. Isi sampai habis.
  11. Klik “SAH & HANTAR”
  12. Cetak slip permohonan
  13. Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  14. Semakan & kemaskini permohonan adalah tanpa had TAPI INGAT JANGAN TUNGGU SEHINGGA SAAT AKHIR.
upuonline

Program Lepasan SPM Syarat Am Permohonan

  1. Syarat Am permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) bagi Program Pengajian Lepasan SPM adalah seperti berikut:
    UA/Politeknik Premier
    Warganegara Malaysia dan
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan lulus Sejarah mulai tahun 2013.
  • ATAU –

Politeknik Konvensional. Kolej Komuniti dan ILKA
1. Warganegara Malaysia dan
2. Boleh menulis, membaca dan mengira.

Program Lepasan STPM/Setaraf Syarat Am Permohonan

Syarat Am permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut:

Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No. KP/My Kad sahaja.
Bukan Warganegara memohon terus ke UA berkaitan.

Kelayakan

i. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

Pemohon mestilah Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan LULUS dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013.

ATAU

ii. SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)

Kesetaraan SVM dengan 3 kredit Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti berikut:

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



  1. Kepujian Bahasa Melayu 1104;
  2. PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00;
  3. PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67;
  4. Kompeten semya modul vokasional; dan
  5. Lulus mata pelajaran Sejarah SPM (Sejarah 1251 bagi calon Sijil Vokasional Malaysia (SVM) kohort 2013 – 2016
    DAN

iii. SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am

ATAU

iv. MATRIKULASI/ASASI

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

v. SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid;

ATAU

vi. DIPLOMA / SETARAF

  1. Mempunyai kelulusan Diploma UA/ Politeknik/ IPTS, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), Diploma Vokasional Malaysia (DVM) atau Kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti (syarat khas program mengikut jenis program yang ditawarkan di UA); atau
  2. Lulus peperiksaan STPM tahun 2017 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau
  3. Matrikulasi/Asasi tahun 2017 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau
  4. STAM tahun 2016 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; atau
  5. Lulusan Pra-U Sekolah Sukan Malaysia/GCE A-Level/ International Baccalaureate Diploma/ Australian Matriculation (AUSMAT) serta kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat UA.
    DAN

vii. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku (5 tahun) iaitu mulai 01 Januari 2015.

Kategori Permohonan Lepasan SPM/Setaraf

Kategori permohonan untuk pemohon lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut:
Kategori A • Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun semasa
Kategori B • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM bukan tahun semasa

Kategori Permohonan Lepasan STPM/Setaraf

Kategori permohonan untuk pemohon lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut:
STPM (Kategori A, S) Pemohon-pemohon yang menggunakan kelayakan STPM tahun semasa sahaja:
Kategori A • Aliran Sastera.
Kategori S • Aliran Sains.

Lepasan Matrikulasi (Kategori N, P, U, L, K, J)
Pelajar Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM tahun semasa seperti pecahan berikut:
Kategori N • Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM.
Kategori P • Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM.
Kategori U • Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM.
Kategori L • Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL).
Kategori K • Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM.
Kategori J • Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM.

Lepasan Diploma/Setaraf (Kategori G, E, F)
Kategori G • DIPLOMA UNIVERSITI AWAM (UA) / DIPLOMA POLITEKNIK :
DIPLOMA UNIVERSITI AWAM (UA)
DIPLOMA POLITEKNIK
Kategori E • DKM / DLKM / DVM / DIPLOMA IPTS/ LUAR NEGARA / LAIN-LAIN KELAYAKAN :
DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA (DKM)
DIPLOMA LANJUTAN KEMAHIRAN MALAYSIA (DLKM)
DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA
DIPLOMA IPTS/ LUAR NEGARA / LAIN-LAIN KELAYAKAN
Kategori F • KELAYAKAN SETARAF :
A LEVEL
INTERNATIONAL BACCALAUREATE DIPLOMA (IBD)
SEKOLAH SUKAN (SSBJ/SSTMI/SSMP)
STPM (BUKAN TAHUN SEMASA)
MATRIKULASI KPM (BUKAN TAHUN SEMASA)
STAM (DUA (2) TAHUN SEBELUM TAHUN SEMASA)
AUSMAT/ SAM / ADFP
FOUNDATION IPTS

Lepasan STAM (Kategori T)
Kategori T • Pelajar Lepasan STAM tahun semasa dan satu tahun sebelum tahun semasa sahaja.

• Pemohon yang mempunyai taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui BPKP JPT.
• Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA.

PERMOHONAN KEMASUKAN UPUOnline
24 Februari 2020 jam 12:00 tengah hari.

Tutup :

31 Mac 2020 (lepasan SPM)
7 April 2020 (lepasan STPM/Setaraf)
11:59 malam

Layari laman web rasmi UPU :
https://upu.moe.gov.my/


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here