Permohonan Rayuan BPN Dibuka Sehingga 31 Mei 2020

0
508
views

Permohonan Rayuan BPN Dibuka Sehingga 31 Mei 2020. Semalam, kerajaan telah meluluskan 2.3 juta permohonan BPN, termasuk permohonan baharu dan rayuan, yang melibatkan jumlah perbelanjaan sebanyak RM1.7 billion. Dengan kelulusan tersebut, jumlah penerima BPN setakat ini ialah 10.6 juta orang yang melibatkan bayaran berjumlah RM11 billion.

Permohonan Rayuan BPN Dibuka Sehingga 31 Mei 2020

rayuan BPN

Namun, terdapat aduan daripada pemohon kerana gagal menerima bayaran ini atas pelbagai sebab. Oleh itu, Kementerian Kewangan Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia akan membuka rayuan daripada 11-31 Mei 2020 bagi mereka yang ingin permohonan dipertimbangkan semula.

Untuk memastikan hanya mereka yang betul-betul layak sahaja yang menerima BPN semakan data telah dibuat dengan amat teliti. Semakan ini juga bertujuan untuk mengelak sebarang penipuan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

✔ SUPPORT KAMI !! LIKE PAGE KAMI ✔



Kerajaan telah menerima aduan antara permohonan yang ditolak adalah daripada pemohon yang telah kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan yang ketara baru-baru ini. Jeseru, pemohon boleh membuat rayuan untuk perimbangan semula dengan mengemukakan dokumen sokongan yang membuktikan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan.

Rayuan boleh dibuat melalui email kepada LHDNM [email protected] atau hadir dimana-mana pejabat LHDNM.

Bagi permohonan yang ditolak atas alasan lain, termasuk pemohon/pasangan mempunyai syarikat yang berdafar dengan SSM, pemohon juga boleh membuat rayuan dengan mengemukakan dokumen sokongan yang menunjukkan jumlah pendapatan terkini.

Tempoh permohonan rayuan bagi BPN akan dilanjutkan sehingga tarikh 31 mei 2020 manakala pejabat LHDNM akan dibuka mulai 12mei 2020.


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here