PKPDB Di 4 Kawasan 115 Kes dan 1 Kluster Baru

0
156
views

PKPDB Di 4 Kawasan 115 Kes dan 1 Kluster Baru. KKM mengambil maklum pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, Yang Berhormat Dato’ Seri Ismail bin Sabri sebentar tadi mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di daerahLahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna, Sabah yang akan berkuatkuasa mulai 12.01 tengah malam ini.

PKPDB Di 4 Kawasan 115 Kes dan 1 Kluster Baru

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Ini susulan peningkatan mendadak kes positif COVID-19 dan juga kluster baru di daerah-daerah tersebut. PKPDB ini akan melibatkan seramai 962,661 orang penduduk dari keempat-empat daerah.Pelaksanaan PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 dalam daerah tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Saringan bersasar akan dilakukan bagi komuniti setempat dan kumpulan berisiko tinggi meliputi 5% daripada jumlah penduduk. KKM akan terus menjalankan langkahlangkah kawalan dan pencegahan di keempat-empat daerah ini dan pengkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPDB. Kerjasama daripadapenduduk setempat adalah amat diperlukan bagi memastikan tindakan ini berjaya memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 dalam negara kita.

54 kes sembuh, tiada kematian dan 6 kluster laporkan kes baharu; 4 kluster dari Sabah, 1 kluster dari Kedah dan 1 kluster baharu di Selangor iaitu Kluster Jalan Apas

PECAHAN KES BAHARU (115)
KL-1
1 Import BWN tiba dari India

SELANGOR-11
6 kes dari Kluster Jalan Apas
4 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 import BWN tiba dari India

N. SEMBILAN-1
1 import WN pulang dari India

KEDAH-1
1 kes dari Kluster Sungai

MELAKA-1
1 saringan pra-pembedahan

TERENGGANU-1
1 kes pulang dari kawasan berisiko tinggi

WP LABUAN-1
1 kes saringan kontak rapat kes 10,218

SABAH-98
46 dari Kluster Bangau-Bangau
39 dari Kluster Benteng LD (14 BWN)
8 saringan bergejala
2 dari Kluster Pulau
1 dari Kluster Buang Sayang
1 kes saringan petugas kesihatan
1 saringan kontak rapat kepada kes 11,022


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here