PM Lulus Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) Tambahan

0
408
views

PM Lulus Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) Tambahan. BPE adalah pakej bantuan tambahan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia bersama TNB kepada semua pelanggan domestik dalam bentuk manfaat penggunaan elektrik percuma sehingga RM77 sebulan, bersamaan penggunaan elektrik sehingga 300kWj pertama untuk tempoh 3 bulan pelaksanaan PKP.

PM Lulus Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) Tambahan.

bantuan prihatin elektrik tambahan BPE

Di samping itu, bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik di antara 601 – 900 kWj sebulan akan menikmati diskaun tambahan sebanyak 10% iaitu tambahan 8% daripada kadar diskaun sedia ada sebanyak 2% mulai bulan April 2020 hingga September 2020.

2. Apakah perbezaan antara Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) ini dengan diskaun PRIHATIN?

Diskaun Prihatin diberikan kepada para pelanggan bermula April 2020 sehingga September 2020, manakala BPE adalah bantuan tambahan yang diberikan secara sekali gus bagi meringankan beban kenaikan bil yang lebih tinggi sepanjang April 2020 hingga Jun 2020 yang dihadapi para pelanggan.

3. Siapakah yang layak menerima BPE?

Semua pelanggan domestik TNB akan menerima BPE yang jumlahnya akan dimasukkan secara sekaligus ke dalam bil bulan Julai 2020.

4. Bagaimanakah saya boleh menyemak kelayakan saya, ahli keluarga atau penyewa rumah untuk menerima BPE?

Pelanggan tidak perlu membuat semakan kelayakan kerana BPE akan diberikan secara automotik kepada semua pelanggan domestik.

5. Saya adalah pelanggan Meter Pintar, adakah saya layak menerima BPE?

Semua pelanggan domestik akan menerima BPE ini, termasuklah pelanggan smart meter.

6. Adakah pelanggan komersial, perindustrian dan pertanian juga layak menerima BPE?

BPE ini hanya diberikan kepada pelanggan domestik TNB yang terkesan akibat bil elektrik yg lebih tinggi daripada kebiasaan pada bulan April 2020, Mei 2020 dan Jun 2020. Walau bagaimanapun, pelanggan komersial, perindustrian dan pertanian masih menikmati diskaun Prihatin dari April 2020 sehingga September 2020 yang telah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.

7. Adakah saya perlu memohon untuk menerima BPE?

Pelanggan tidak perlu membuat sebarang permohonan untuk menikmati manfaat bantuan tambahan ini yang akan diberikan secara otomatik.

8. Mengapa BPE hanya mengambil kira bil April 2020 – Jun 2020?

TNB sedar bahawa sepanjang pelaksanaan PKP, berkemungkinan penggunaan elektrik adalah lebih tinggi daripada kebiasaan. Oleh itu, BPE diberikan secara sekali gus kepada semua pelanggan bagi membantu mengurangkan bebanan bil yang lebih tinggi.

9. Mengapa bantuan ini tidak diberikan lebih awal semasa Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau Pakej Rangsangan Ekonomi dan hanya diberikan setelah saya menerima bil yang tinggi?

Pada awal permulaan PKP, diskaun PRIHATIN telah diberikan bermula April 2020 sehingga September 2020. Atas dasar keprihatinan Kerajaan Malaysia, BPE diberikan kepada para pelanggan yang terbeban dengan jumlah bil yang lebih tinggi dengan harapan dapat mengurangkan beban kewangan para pelanggan.

10. Siapakah yang memberikan BPE, adakah TNB atau Kerajaan?

BPE merupakan bantuan tambahan oleh kerajaan Malaysia dengan kerjasama TNB yang bertujuan untuk meringankan beban para pelanggan yang terkesan akibat kenaikan bil elektrik yang lebih tinggi.

11. Adakah saya akan menerima BPE ini dalam bentuk wang tunai?

Pelanggan akan menikmati bantuan tambahan BPE ini yang akan dimasukkan ke dalam bil bulan Julai 2020 secara sekali gus.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



12. Adakah terdapat kesilapan pada pengiraan bil yang diberikan sebelum ini?

Kaedah pengiraan bil yang dibuat oleh TNB telah disemak serta diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga. Kaedah ini juga merupakan kaedah lazim yang turut digunapakai oleh syarikat-syarikat utiliti elektrik terkemuka di seluruh dunia.

13. Premis saya tidak berpenghuni selama ini dan dikenakan cas minima sebanyak RM3. Adakah saya juga layak menerima BPE?

Ya, BPE ini akan diberikan kepada semua pelanggan domestik termasuk pelanggan yang telah dikenakan cas minima.

14. Bagaimanakah BPE dikira?

Semua pelanggan domestik akan menikmati bantuan tambahan BPE. Di bawah Bantuan Prihatin Elektrik, kesemua 7.66 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia yang mempunyai akaun dengan TNB akan menerima manfaat penggunaan elektrik percuma sehingga RM77 sebulan, bersamaan penggunaan elektrik sehingga 300kWj pertama. Bantuan ini diberikan untuk tempoh 3 bulan pelaksanaan PKP iaitu bulan April 2020, Mei 2020 dan Jun 2020 yang membolehkan pengguna menerima manfaat sehingga RM231 bagi tempoh 3 bulan tersebut.

15. Saya masih menerima bil anggaran, bagaimanakah saya boleh mendapatkan bil sebenar?

Pelanggan tidak perlu risau. Sekiranya pelanggan tidak mendapat bacaan bil sebenar, pelanggan boleh menghubungi TNB Careline untuk mengatur temu janji untuk pembaca meter mengambil bacaan meter di premis pelanggan. Pelanggan juga boleh mengambil bacaan meter sendiri dan memajukan gambar bacaan meter melalui emel TNB Careline, [email protected] Bil sebenar akan dikeluarkan selepas itu.

16. Berdasarkan bil bulan sebenar Jun 2020 saya, berapakah jumlah BPE yang saya akan terima pada bulan Julai 2020 nanti?

Bantuan ini diberikan untuk tempoh 3 bulan pelaksanaan PKP iaitu bulan April 2020, Mei 2020 dan Jun 2020 yang membolehkan pengguna menerima manfaat sehingga RM231 bagi tempoh 3 bulan tersebut. Jumlah sebenar BPE akan tertera di dalam bil Julai 2020.

17. Bagaimana boleh saya tahu jumlah BPE yang saya terima pada bil Julai saya?

Jumlah BPE diterima akan tertera di dalam bil bulan Julai 2020 nanti.

18. Bagaimana BPE disalurkan kepada pengguna?

Jumlah BPE akan dimasukkan sekali gus di dalam bil sebenar pada bulan Julai 2020.

19. Jika saya menggunakan 601-900kWj adakah saya akan menerima BPE?

Semua pelanggan domestik layak menerima manfaat BPE.

Di samping itu, pelanggan domestik yang telah menggunakan antara 601 – 900 kWj sebulan akan menikmati diskaun tambahan sebanyak 10% iaitu tambahan 8% daripada kadar diskaun sedia ada sebanyak 2% mulai bulan April 2020 hingga September 2020.

20. Berapa kali BPE boleh diterima oleh saya?

BPE adalah satu bantuan tambahan yang diberikan secara sekali gus untuk meringankan beban pembayaran bil elektrik semasa PKP untuk tempoh 3 bulan iaitu April 2020, Mei 2020 dan Jun 2020.

21. Bagaimanakah BPE akan memberi kesan kepada jumlah EPP yang perlu saya bayar kelak?

BPE akan membantu mengurangkan jumlah bil tunggakan dan amaun EPP akan dikemaskini secara otomatik setiap bulan sehingga Disember 2020.

22. Bolehkah saya menggunakan BPE untuk menyelesaikan amaun tunggakan yang lepas?

Boleh. BPE adalah satu bantuan tambahan yang diberikan secara sekali gus untuk meringankan beban pembayaran bil elektrik untuk tempoh 3 bulan, iaitu April 2020, Mei 2020 dan Jun 2020.

23. Bilakah BPE akan dilaksanakan?

Manfaat BPE akan dimasukkan secara sekali gus di dalam bil bulan Julai 2020.

24. Adakah BPE masih diteruskan selepas bulan Julai 2020?

Tidak. BPE adalah bantuan tambahan yang diberikan secara sekali gus bagi meringankan beban kenaikan bil yang lebih tinggi pada bulan April 2020, Mei 2020 dan Jun 2020 yang dihadapi para pelanggan.

25. Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai BPE?

Pelanggan boleh mendapatkan maklumat melalui;

kredit : BPE TNB


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here