Program Insentif Perkahwinan Belia Selangor

Program Insentif Perkahwinan Belia Selangor

Program Insentif Perkahwinan Belia Selangor. Pasangan pengantin baru diminta mendaftar diri dengan Kerajaan Negeri supaya hari bahagia mereka diraikan bersama selain menerima insentif menerusi program di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Bagi meneruskan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor: Hasil Negeri untuk Rakyat, mulai dari Januari 2013, disediakan program khusus untuk belia yang berkahwin. Pada permulaan insentifnya RM200 sahaja kemudian akan dinaikkan menjadi RM500 pada 2014.

Syarat Memperoleh Insentif.
Syarat-syarat adalah seperti berikut:




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

1. Terbuka kepada semua kaum.
2. Tiada sebarang had pendapatan.
3. Lahir di Negeri Selangor atau telah bermastautin di Negeri Selangor selama 10 tahun (perlu pengesahan ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Pengerusi Taman).
4. Sijil berhenti sekolah rendah / menengah bagi Pemohon yang bermastautin. (WAJIB)
5. Pemohon Islam: Sijil Nikah yang berdaftar dengan Jabatan agama Islam Selangor atau mana-mana Jabatan Islam Negeri.
6. Pemohon Bukan Islam: Sijil Pendaftaran Perkahwinan didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara di semua cawangan Selangor atau Jabatan Pendaftaran Negara di setiap negeri.
7. Perkahwinan kali pertama sahaja.
8. Pengantin lelaki atau perempuan tidak melebihi usia 35 tahun semasa tarikh bernikah atau pendaftaran.
9. Permohonan hanya terbuka kepada perkahwinan / pernikahan / berdaftar pada tahun SEMASA.
10. Sah laku permohonan dalam tempoh 3 bulan bermula dari tarikh nikah (bagi pasangan Islam) atau tarikh daftar perkahwinan (bagi pasangan bukan Islam).
11. Dokumen Sokongan perlu dihantar dalam tempoh dua (2) minggu dari Tarikh Pendaftaran Online (Dalam tempoh 3 Bulan dari tarikh nikah / daftar perkahwinan).
12. PERMOHONAN HANYA SEKALI SAHAJA, SEBARANG RAYUAN TIDAK DILAYAN.

Dokumen Diperlukan.
Setiap permohonan yang memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:

1. Salinan Kad Pengenalan pemohon. (WAJIB)
2. Sijil Nikah bagi pemohon beragama Islam ATAU Sijil Pendaftaran Perkahwinan bagi pemohon bukan Islam. (WAJIB)
3. Salinan muka hadapan buku simpanan akaun Tabung Haji bagi pemohon beragama Islam. (WAJIB)
4. Salinan Sijil Berhenti Sekolah rendah dan menengah di dalam Negeri Selangor. (WAJIB)

Untuk Maklumat Lanjut Anda Boleh Lihat di : Program Insentif Perkahwinan Belia Selangor

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih