Punca Utama Tidak Subur

punca tidak subur

sperma

Punca Utama Tidak Subur

MASALAH ketidaksuburan bukanlah masalah biasa lagi apabila 10 peratus daripada setiap populasi negara menghadapinya.

Setiap 10 pasangan yang sudah berkahwin, satu pasangan pasti mengalami masalah ketidaksuburan.

Namun, masyarakat sering menuding jari kepada wanita atau isteri apabila memperkatakan soal kemandulan atau penyebab tiada zuriat walhal peratus punca ketidaksuburan lelaki dan perempuan adalah sama banyak.

Dalam lima pasangan yang mempunyai masalah ketidaksuburan, dua daripadanya berpunca daripada perempuan, dua daripada lelaki manakala satu lagi merupakan gabungan lelaki dan wanita.

Pakar Runding dan Bedah Urologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Muhilan Parameswaran berkata, masalah ketidaksuburan lelaki lebih sukar dirawat berbanding dengan wanita.

Masalah ketidaksuburan lelaki boleh dibahagi kepada tiga punca utama iaitu hormon, sperma dan penis.

Tidak ada cara untuk seseorang mengetahui sendiri dirinya mempunyai masalah ketidaksuburan melainkan mengalami kecacatan pada penis sejak lahir.

Pasangan yang tidak mempunyai anak setelah setahun berkahwin ataupun enam bulan bagi yang berusia 35 tahun ke atas perlu merujuk pada doktor.

Pakar sakit puan akan memeriksa wanita dan lelaki pula akan dihantar kepada pakar urologi.

Ada masalah ketidaksuburan yang boleh dirawat tetapi semakin sukar jika lambat diambil tindakan kerana faktor usia wanita,” ujarnya.

Terang Dr. Muhilan, kira-kira 40 peratus sahaja masalah kesuburan lelaki yang boleh dirawat.

Namun, ia bukan masalah untuk mempunyai anak kerana ada cara lain boleh dilakukan seperti rawatan permanian beradas (intrauterine insemination) atau persenyawaan in-vitro (In-vitro fertilization, IVF).

Hormon

Wanita sering dikatakan mempunyai masalah tidak subur berpunca daripada gangguan hormon, begitu juga dengan lelaki.

Jika hormon pembebasan Gonadotropin (GnRH) yang dibebaskan daripada kelenjar pitutuari yang berada di bahagian kepala tidak mencukupi, ia tidak dapat merangsang testis menghasilkan sperma dan matang.

Ujar Dr. Muhilan, gangguan pada hormon sering berlaku bagi mereka yang mengambil steroid dalam jangka masa panjang.

Penggunaan steroid berpanjangan akan menyebabkan testosteron tidak dapat dihasilkan lalu membuatkan testis mengecut.

Jika rawatan radiasi dan kimoterapi pernah dilakukan pada bahagian otak, ia turut mengganggu hormon lelaki.

Selain itu, ada yang mengalami masalah hormon sejak lahir lagi.

Sperma

Ada pesakit yang tidak mempunyai masalah hormon apabila ia dapat merangsang testis menghasilkan sperma, tetapi sperma yang dihasilkan tidak cukup, tidak berkualiti atau ada yang cacat.

Terang Dr. Muhilan, bilangan sperma yang normal adalah 60 juta setiap sentimeter padu dan mereka yang mengeluarkan kurang daripada 20 juta sperma disahkan mempunyai masalah kesuburan.

Kekurangan jumlah sperma itu akan mengurangkan peluang persenyawaan dan kehamilan.

Sperma yang terlalu sedikit dihasilkan dinamakan oligospermia manakala masalah ketiadaan sperma pula digelar azoospermia.

Penyakit seperti perkembangan beguk selepas akil baligh boleh merosakkan sel-sel yang menghasilkan sperma begitu juga penyakit lain seperti demam yang terlalu panas dan jangkitan pada testis.

Selain masalah genetik seperti kecacatan genetik sejak lahir iaitu mempunyai satu testis sahaja, faktor luar juga mempengaruhi jumlah dan kualiti sperma.


===>PERCUMA - Buat Duit Sambil Online< ===

Antaranya memakai pakaian terutamanya seluar dalam yang ketat kerana jumlah sperma akan jatuh jika testis berada dalam keadaan panas.

Ramai yang tidak tahu dengan selalu meletakkan komputer riba di riba turut mengurangkan sperma kerana haba yang dihasilkan.

Pengambilan dadah seperti kokain turut mengurangkan produksi sperma.

Selain itu, ada ubat-ubatan yang mengganggu pengeluaran sperma seperti ubat darah tinggi iaitu calcium channel blocker dan ubat kulat,” ujarnya.

Bagi kes sperma cacat, walaupun persenyawaan berlaku, badan wanita akan secara semulajadi menggugurkannya.

Penis

Jika bukan hormon atau sperma yang menjadi punca ketidaksuburan, masalah lain mungkin berpunca daripada penis yang bermasalah.

Sperma yang terhasil tidak dapat keluar melalui penis akibat beberapa kerosakan atau kecacatan.

Ada kes, vas deferens iaitu laluan keluar sperma tidak wujud membuatkan sperma tidak dapat keluar.

Vas deferens yang tersumbat juga mungkin berpunca daripada penyakit kelamin atau tibi,” ujarnya.

Selain itu, jika buah zakar bayi lelaki tidak berpindah ke tempat sepatutnya yang digelar cryptochildism akan mempengaruhi kesuburan lelaki pada masa depan.

Masalah lain seperti kanser testis, pembedahan atau kecederaan pada penis yang menyebabkan saluran darah ke penis pecah boleh menyebabkan kemandulan.

Rawatan

Setiap pasangan yang sudah setahun berkahwin atau enam bulan bagi mereka berusia 35 tahun ke atas yang masih belum mendapat zuriat dinasihatkan berjumpa dengan pakar.

Pakar ginekologi akan memeriksa sistem reproduktif wanita dan lelaki pula akan dirujuk dengan pakar urologi.

Terang Dr. Muhilan, hormon, sperma dan penis pesakit akan diperiksa melalui beberapa ujian.

Kira-kira 30 hingga 40 peratus sahaja masalah ketidaksuburan lelaki boleh dirawat kerana seperti masalah genetik, ia tidak dapat dirawat.

Doktor selalunya menasihati pesakit terus menjalani rawatan kesuburan seperti IVF dan IUI dengan mengambil sedikit sperma untuk dilakukan persenyawaan.

Ini kerana faktor masa. Proses rawatan kesuburan mengambil masa sehingga tiga bulan iaitu tempoh matang sperma bagi mengetahui masalahnya.

Wanita pula semakin berusia semakin berkurangan telur dihasilkan, mengurangkan peluang untuk hamil dan risiko anak sindrom Down,” terangnya.

Bagi rawatan hormon, doktor akan memberi suntikan hormon bagi meningkatkan tahap kesuburan dan isteri akan mencapai kehamilan.

Sama seperti masalah sperma, doktor akan memberikan ubat-ubatan bagi membantu penghasilan sperma.

Jika vas deferens tersumbat, doktor akan melakukan pembedahan dan membaiki saluran tersebut.

Bagi masalah ketiadaan vas deferens pula, doktor akan melakukan pembedahan mengeluarkan sperma lalu melakukan proses persenyawaan seperti IUI atau IVF.

 

 

Sumber : Utusan Malaysia - Isnin, 18/02/2013

Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM

Incoming search terms:

  • Perdana menteri malaysia
  • upin dan ipin
  • boboiboy
  • gambar hantu
  • gambar kartun
  • gambar kartun muslimah bergerak
  • blog 3gp melayu
  • jiwa rosak
  • ultraman
  • coklat langkawi
  • punca tidak subur

Bantu Kami dengan LIKE Fanpage
Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen, kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini. Sila dapatkan nasihat pakar bertauliah dan berpengetahuan untuk tips dan info berkaitan.

Sebarang Pertanyaan, Pengiklanan, Review Produk dan lain-lain boleh email ke abgferoz@yahoo.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>