rendang kerang

rendang kerang

semalam ada rombongan nak mai umah so plan dengan emak masak la rendang kerang tetiba rasa mengidam pulak nak makan.. alang-alang ada orang nak mai umah so suruh masak la lebih sikit..

pagi terpaksa bekerja dalam tengahari baru habis tugas.. then cecepat balik tolong mana yang patut.. dalam kul 2.40 dah kawan sampai umah singgah raya.. kasi dorang rasa rendang kerang.. bukan main lagi dorang makan.. katanya tak pernah lagi makan rendang kerang time raya.. haaa.. ni bakal jadi menu utama tahun tahun akan datang.. kasi rasa dulu..

bila tengok dalam kuali rupa-rupanya tak banyak buat.. mak kata percubaan pertama so tak brani nak buat banyak.. so siapa datang dulu dia la yang dapat.. yang dah booking nasib laa.. yang serbu tak dapat laa.. krik krik krik.. harap maaf..




BACA KISAH BENAR ISTERI CURANG
MISTERI PENGALAMAN PEMANDU VAN JENAZAH

memang licin gak la rendang kerang ni.. siap ada yang mintak menu bagai.. hahaha nasib sempat sorok sikit utk makan malam.. kalu tidak memang tak merasa la orang yg mengidam ni.. tapi mihun singapore licin awai.. tak sempat di selamatkan..

semalam merupakan rekod baru kedatangan paling ramai dicatatkan dalam masa sehari.. sebelum ni tak ramai pun.. memang tak jemput orang.. siapa nak datang beraya datang je.. siapa taknak sudah.. kih kih kih.. tapi kali ni tak jemput pun penuh orang mai.. dari kul 2 sampai ke malam tak henti orang datang.. sampai nak rest pun tak sempat..

bila orang terakhir balik ja terus tutup lampu.. mandi, makan dan terus terlelap semua keletihan melayan orang yang datang beraya.. rasa macam malas je nak bangun pergi kerja pagi ni.. hahaha.. tapi dah kena overtime terpaksa la bangun..