Resepi Bihun Sup Utara Sup Tulang

2
276
views

Resepi Bihun Sup Utara Sup Tulang. Bihun sup utara merupakan antara bihun sup pilihan ramai kerana rasanya dan juga warnanya yang menarik minat untuk orang ramai merasainya. Lagi-lagi bila dimakan dengan sup daging menambah tarikan bihun sup utara ini.

Resepi Bihun Sup Utara Sup Tulang

bihun sup utara sup tulang

Berikut dikongsikan resepi Bihun Sup Utara yang mendapat perkongsian ramai laman di facebook sebanyak 56 ribu perkongsian hasil resepi zaini talib.

Bihun Sup Utara (Sup Tulang)
Bahan bahan
1 peket bihun
1 sudu kunyit
Rebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah kunyit..kemudian basuh dan tapis..


✔ SUPPORT KAMI !! LIKE PAGE KAMI ✔




Bahan2 Sup Tulang
1kilo tulang dicampur sedikit daging
2 batang serai ketuk
Halia lebih kurang 2 inci diketuk
4 ulas bawang putih ditumbuk
4 ulas bawang merah kecil ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
Setengah sudu kecil bunga cengkih ditumbuk kasar
Setengah sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
3 bunga lawang
4 biji buah pelaga
Sedikit batang daun sup
Air secukupnya


Masukkan semua bahan bahan didalam periuk..
Rebus sehingga empuk kemudian masukkan garam atau perasa jika suka..
***lepas sup dah masak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup…kalau taknak buat pon tak apa..


Bahan2 cabai merah
Cili kering yang telah di blend atau ciliboh atau cili yang siap dikisar
Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk
Asam keping atau air asam jawa atau cuka
Garam
Gula
Tumis bawang kemudian masukkan cili ..masak sampai pecah minyak..masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka..garam dan gula..boleh juga masukkan sesikit sos cili jika taknak masukkan gula.

Bahan2 sampingan untuk dimakan bersama bihun
Daun bawang
Daun sup
Lobak masin
Bawang goreng


Selamat mencuba😊😊 Bihun sup utara.. cabainya merah.. bihunnya kuning😁


Kredit Resepi : zaini talib


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here