Resepi Donut Gebu Lembut Dark Choc Chip

0
210
views

Resepi Donut Gebu Lembut Dark Choc Chip. Disebabkan adik min work from home time covid-19 ini dia ada kerajinan untuk membuat macam-macam jenis pencuci mulut untuk menggemukkan abang dia. Resepi kali Donut Gebu Lembut Dark Choc Chip dikongsikan oleh adik min di instagram resepinya @nanaaakichen

Resepi Donut Gebu Lembut Dark Choc Chip

donut gebu choc chip
✔ SUPPORT KAMI !! LIKE PAGE KAMI ✔



Berikut merupakan bahan-bahan dan cara pembuatan donu kegemaran ramai yang viral dan gebu ini. Semoga anda semua menyukai donut ini. Tak sampai 24 jam habis licin donut ni min makan. Sedap dan tidak terlalu manis.

Bahan – bahan :

  • 3 1/2 Cawan tepung Gandum
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu marjerin
  • 5 sudu gula pasir
  • 3 sudu susu pekat (blh kurangkan)
  • 1 paket yis
  • 1 biji telur
  • Dark choc
  • chop chip

Cara – cara :

  • cair kan marjerin
  • satukan gula, susu ke dalam air suam, kacau sehingga larut dan masukkan yis dan tunggu sehingga 10 minit (berbuih)
  • masukkan yis sikit demi sedikit kedalam tepung dan uli jangan terlalu lembut. Sekiranya lembut tambah sedikit tepung.
  • pastikan adunan tepung tidak melekat di tangan.
  • bulatkan donut dan biarkan selama 30 minit (kembang) barulah digoreng

Toping :

  • Cairkan dark choc
  • Celupkan separuh donut dan taburkan choc chip ke atasnya
  • simpan dalam peti ais 10 mnt.

Selamat mencuba. 😉

resepi perkongsian : @nanaaakichen


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here