Resepi Laksa Johor Sedap

2
936
views

Resepi Laksa Johor Sedap. Tengah berborak pasal makanan tetiba rakan dari johor sebut pasal Resepi Laksa Johor yang dia selalu buat dan kadang-kadang bawa ke pejabat untuk dikongsikan dengan rakan pejabat memang tak dinafikan sedap bagi mereka yang gemar makan laksa. Tak lepas peluang aku terus mintak resepi Laksa Johor untuk dikongsikan dalam blog mana tau kot kot ramai yang cari resepi ni.

Bahan-bahan Resepi Laksa Johor –

laksa johor
sumber gambar : zarinasrk.blogspot.com


* 1 Paket Spaghetti
* Sekeping ikan tenggiri
* 2 ekor ikan kembung putih
* 3 sb kerisik
* 2 sb rempah kari ikan
* 10 cili kering
* 2 asam keping
* 3 sb udang kering
* 5 bj bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1 bj bawang besar
* halia, lengkuas
* 1 batang serai
* 1 st ketumbar biji
* 1 c santan pekat
* daun kesum
* 1 sb air asam jawa
* 1 sb gula

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Cara Membuat Laksa Johor
1. Dalam air mendidih, masukkan spaghetti, letak sedikit butter, bl boleh putus dengan jari, angkat, jirus air sejuk, tos dan ketepikan.
2. Rebus ikan bersama asam keping hingga empuk. Tos ikan dan asingkan isinya. jangan buang air rebusan.
3. Kisar isi ikan dengan sedikit air rebusan. Ketepikan.
4. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia, lengkuas.

5. Masukkan cili kering (kisar dulu), rempah kari dan kerisik. Tumis hingga pecah.
6. Tambah air rebusan jika nampak kering.
7. Masuk isi ikan, ketumbar dan udang kering.
8. Masuk semua air rebusan dan santan biar mendidih.

9. Masukkan serai, daun kesum, bunga kantan dan air asam jawa.
10. Masukkan garam dan gula biar kuah mendidih dan makin pekat.
11. Masa nak hidang, letak spaghetti dan tuang kuah. Taburkan sedikit hirisan sayur (bunga kantan, timun, kacang panjang, bawang besar ) dan tauge segar (jangan celup air panas) dan belah limau kasturi.
12. Letak sesudu sambal belacan di tepi pinggan – wajib bagi laksa johor


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here