Resepi Nasi Mandy Kambing

2
521
views

Resepi Nasi Mandy Kambing. Ramadhan datang lagi pasti ramai yang mencari-cari resepi baru untuk menu berbuka puasa. Saya kongsikan Resepi Nasi Mandy Daging Kambing yang saya perolehi untuk dikongsi bersama untuk juadah berbuka.

Resepi Nasi Mandy Kambing

nasi mandy arab
kredit : http://hainomokje.blogspot.my

permulaan bagi memulakan masakan nasi mandy anda perlulah menyediakan bahan-bahan masakan terlebih dahulu seperti yang disenaraikan dibawah ini.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Resepi Nasi Mandy
Bahan-Bahan :
– 4 Cawan beras basmathi, rendam 20 minit dan tos
– 300 gram daging kambing atau tulang
– 3 sudu besar minyak sapi
– 4 1/2 cawan air
– 1 biji bawang besar dihiris halus
– 3 ulas bawang putih dihiris halus
– 1 inci halia dihiris halus
– 1/3 sudu makan kismis

Rempah Tumis :
– 1 batang kayu manis
– 1 kuntum bunga lawang
– 3 biji buah pelaga
– 5 kuntum bunga cengkih
– 2 helai safron
– Arang dan kertas aluminium

Cara Penyediaan :
1. Panaskan minyak dan tumis rempah, bawang putih, bawang besar diikuti daging atau tulang, halia serta bawang sehingga garing.
2. Masukkan air biar mendidih.
3. Masukkan beras, bahan perasa, safron dan kacau rata.
4. Apabila nasi hampir kering, kacau sedikit untuk sebatikan adunan, buat lubang di tengah nasi (dalam periuk) dan letakkan aluminium sebagai penghadang bulatan.
5. Masukkan 1 sudu minyak zaiton dan arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 10 minit supaya aroma arang tadi meresap ke dalam nasi.
6. Buka semula tudung periuk dan keluarkan aluminium bersama arang tadi.
7. Pastikan nasi masak, sedia untuk dihidangkan untuk dimakan.

kredit : Kosmo 1 Jun 17


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here