Resepi Tart Nenas Gebu dan Mudah

0
183
views

Resepi Tart Nenas Gebu dan Mudah. Tart Nenas merupakan antara biskut raya wajib ada atau yang dicari ketika mengunjungi rumah pada hari raya. Tart nenas juga merupakan antara kegemaran ramai termasuklah saya dan keluarga. Dan disebabkan itu saya kongsikan resepi dan cara pembuatan tart nenas untuk perkongsian ramai.

Resepi Tart Nenas Gebu dan Mudah

tart nenas
kredit gambar : Aini’s Bakery

Resepi dan cara pembuatan tart nenas ini disediakan dan dikongsikan oleh Seismik Makan yang mana saya lihat lebih menarik dan mudah daripada perkongsian mereka yang lain untuk dikongsikan bersama pembaca jiwarosak.com.

Bahan-bahan jem nenas:

✅ 1kg nenas (diparut kasar)
✅ 75 gram gula putih
✅ 75 gram gula perang
✅ 1 batang kayu manis
✅ 3 biji bunga cengkih
✅ 1 1/2 sudu besar jus lemon

Bahan-bahan pastri:

✅ 250 gram mentega (unsalted)
✅ 1 kuning telur
✅ 50 gram gula aising
✅ 380 gram tepung serbaguna
✅ 2 sudu tepung kastard

Bahan-bahan hiasan:

✅ 1 kuning telur
✅ 1 sudu besar air

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



tart nenas oh mak kita

Cara Menyediakannya:

  1. Dalam kuali, masukkan 1kg nenas yang telah diparut, 1 batang kayu manis dan 3 biji bunga cengkih. Renehkan menggunakan api tinggi selama 15-20 minit.
  2. Keluarkan rempah ratus. Masukkan 75 gram gula putih dan 75 gram gula perang. Renehkan menggunakan api kecil sehingga menjadi pes. Kacau setiap 10 minit.
  3. Masukkan 1 1/2 sudu besar jus lemon dan masakkan sehingga menjadi pes tebal.
  4. Masukkan jem ke dalam mangkuk dan sejukkan semalaman.
  5. Untuk menghasilkan pastri pula, pukul 250 gram mentega (unsalted) sehingga menjadi tekstur berkrim.
  6. Masukkan 1 kuning telur dan 50 gram gula aising. Pukul sehingga sebati.
  7. Masukkan 380 gram tepung serbaguna dan 2 sudu tepung kastard yang telah diayak. Pukul sehingga sebati.
  8. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat. Sejukkan sekurang-kurangnya 20 minit.
  9. Menggunakan sukatan 1 sudu kecil, bulatkan jem menjadi bola. Sejukkan seketika.
  10. Masukkan sedikit doh dalam acuan dan picit. Letakkan inti jem dan gulung. Susun ke dalam loyang yang telah dilapitkan baking paper.
  11. Sapukan campuran kuning telur dan air ke atas setiap tart nenas.
  12. Bakar pada suhu 180C selama 20 – 25 minit.

Tart nenas gulung sudahpun siap untuk dinikmati. Enjoy! 😁

Lihat Video Penyediaan Tart Nenas

kredit : Seismik Makan

Anda juga boleh lihat resepi-resepi lain di Senarai Resepi


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here