Review Filem MEN IN BLACK-INTERNATIONAL

0
23
views

Review Filem MEN IN BLACK-INTERNATIONAL. Alhamdulillah baru selesai menonton filem terbaru Men In Black International di Mytown Cheras bersama rakan admin. Selesai kerja shift pagi terus pergi ke lokasi perjumpaan untuk melihat movie terbaru.

Review Filem MEN IN BLACK-INTERNATIONAL

Men_In_Black_International

Pada mulanya kami ingin menonton Annabelle comes home tetapi masa tidak mengizinkan kerana filem ini hanya ditayangkan waktu petang sahaja. Movie yang tinggal pilihan kami adalah Toy Story 4 dan MEN IN BLACK-INTERNATIONAL. Maka kami memilih untuk menonton MEN IN BLACK-INTERNATIONAL.

Pada mulanya tak berminat sangat untuk menonton filem Men In Black ni disebabkan cerita ala ala kanak2 ribena dan aliennya. Tapi disebabkan dah tiada movie untuk di tonton akhirnya tengok jugalah.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Sinopsis : Filem ini mengisahkan The Men in Black yang selalu melindungi Bumi dari anasir luar (alien) alam semesta. Dalam pengembaraan baru ini, mereka terpaksa menangani ancaman terbesar mereka sehingga kini terpaksa menentang alien yang hebat dan dalam masa yang sama menyelidik masalah dalam organisasi mereka sendiri.

Akan tetapi setelah mulanya tayangan filem ini ternyata tafsiran dan apa yang aku bayangkan melesit sama sekali. Mata yang mulanya mengantuk untuk mengisi masa lapang telah berubah, mata terbuka luas mengamati setiap jalan cerita filem ini.

Filem ini banyak menayangkan aksi dan lawak pada masa yang sama. Watak agen baru Men in Black juga banyak membantu menarikkan lagi filem ini. Apa-apa pun filem ini sangat baik tidak seperti yang saya bayangkan dan paling best penuh dengan aksi dan tidak memboringkan.

9 bintang untuk The Men in Black


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here