Rumpai Miang Mexico

Rumpai Miang Mexico

Rumpai Miang Mexico – Untuk makluman, “Rumpai Miang Mexico” (Parthenium hysterophorus) adalah sejenis tumbuhan liar yang berasal dari beberapa negara di Amerika Selatan dan Utara sebelum tersebar ke Asia, Afrika dan Australia. Rumpai ini dikatakan berbahaya kerana boleh memberi kesan yang teruk kepada ekosistem semulajadi, sektor pertanian dan ternakan serta menyebabkan alahan kepada manusia.




BACA KISAH BENAR ISTERI CURANG
MISTERI PENGALAMAN PEMANDU VAN JENAZAH

Bahan kimia yang terdapat pada rumpai Miang Mexico (debunga, bahagian akar, daun dan batang) iaitu parthenin, hymenin dan ambrosin dikenalpasti boleh memberi kesan ke atas kesihatan manusia. Golongan yang berisiko adalah mereka yang terdedah secara langsung dengan “Rumpai Miang Mexico” terutamanya kanak-kanak dan orang tua. Namun begitu, tidak semua yang terdedah mengalami reaksi alahan atau alergi. Sesetengah orang mengalami gejala apabila pendedahan berterusan dan berulang kali. Gejala daripada tindakbalas alahan adalah seperti ruam kulit, kulit mengelupas, gatal-gatal pada kulit, mata bengkak, dan allergic rhinitis serta gangguan pada sistem pernafasan seperti selsema dan asma.

Rumpai Miang Mexico boleh dihapuskan dengan larutan campuran sekilogram garam dengan empat liter air. Selain racun jenis cecair kimia digunakan untuk mematikan tumbuhan berkenaan, larutan garam juga boleh digunakan.

orang awam diminta supaya mengelakkan diri daripada terdedah atau tersentuh (contact) dengan “Rumpai Miang Mexico”. Adalah dinasihatkan juga, mereka yang mengalami gejala alahan atau masalah pernafasan akibat terdedah dengan rumpai ini, segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran dan memaklumkan kepada pengamal perubatan yang merawat berkaitan sejarah pendedahan terhadap rumpai tersebut.

Sumber : Fb KKM